Cabaran SEO WangCyber 1430H/2009 – Hadiah Sebanyak RM1234 Untuk Dimenangi oleh semua peserta!!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera! :) Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua Ahli WangCyber.com yang dikasihi sekalian. Setelah hampir beberapa ketika menunggu, maka hari ini adalah hari yang dinanti-nantikan oleh semua. Pada hari ini akan bermulalah!!

Setelah hampir sekian lama tiada cabaran yang mencabar minda dan menguji kesabaran, maka pada kali ini, boleh lah anda melepaskan perasaan dendam kesumat itu.

CABARAN SEO WC kali ini bersempena menyambut ketibaan tahun baru Hijrah 1430 dan juga tahun baru 2009. Semoga tahun baru pada kali ini, kita berjaya dengan lebih cemerlang lagi dari tahun-tahun sebelumnya.

Tujuan Cabaran ini diadakan adalah untuk menambahkan ilmu SEO disamping mempelajari teknik2 yang baru dan mempraktikkannya disamping menjana wang secara Online

Cabaran Kali ini menawarkan hadiah berjumlah RM1234.00 keseluruhannya.

Proudly Sponsored By:

Sememangnya, pada kali ini ia telah menunjukkan kelainan, yang mana saya sendiri salah seorang daripada sponsor melalui produk JomSMS.net dan saya juga turut mengambil bahagian :)

Tujuan utama saya memasuki ialah sebab ianya mempertandingkan keyword yang agak baik dan juga mempunyai nilai dan CPC yang agak tinggi!! :) Ini bukan sahaja untuk matlamat pertandingan, malah baik juga untuk adsense dan juga affliates anda nanti :)

Nampaknya, saya tidak berpeluang review banyak sangat, saya perlu optimise web saya secepat yang mungkin.. hohoho!!

Related Posts with Thumbnails

Tags: , ,