Assalam, selamat sejahtera…
Aduh!!! pedihnya rasa bila nak menulis post nie.. Saya rasa saudara irfan khairi (sifu saya) pun macam tu
Semalam, keluar TV3, hari ni keluar Berita Harian, penulis blog kena warning dengan TPM, Datuk Seri Najib Razak. Tapi setelah saya baca akhbar itu sepenuhnya di sini, saya dapati Bahwa, memang penulis blog (Malaysia Today) yang bersalah. Dalam Blog nya yang masih aktif,berkata bahawa mengutuk Yang DiPertuan Agong dan bermacam-macam lagi.
Di sini, saya akan paste kan beberapa petikan ucapan TPM, dipetik dari akhbar Berita Harian.
- Datuk Seri Najib Razak (gambar) malam tadi menegaskan pengendali dan penulis laman blog yang membangkitkan isu berbau perkauman atau menghina agama tidak akan terlepas daripada dikenakan tindakan undang-undang.
- kebebasan menulis atau memberi pandangan ada hadnya dan kerajaan tidak akan membiarkan mana-mana pihak mengganggu gugat perpaduan negara serta menimbulkan keresahan di kalangan masyarakat.
- “Mereka mesti bertanggungjawab sepenuhnya kepada laman web mereka dan tidak menganggap sikap toleransi kerajaan sebagai lesen untuk menyiarkan apa saja atas nama kebebasan bersuara tanpa memikirkan kesannya kepada masyarakat.
- “Kita akan kaji dan lihat tindakan mengikut Akta Hasutan, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Seksyen 121b Kanun Keseksaan. Seksyen 121b ini membabitkan kesalahan terhadap kuasa Yang di-Pertuan Agong, Raja atau Yang di-Pertua Negeri yang membawa hukuman penjara seumur hidup,” katanya.
- “Tindakan sesetengah pengendali dan penulis laman web bercanggah dengan profesionalisme pengamal media serta melanggar etika kewartawanan yang mengajar wartawan melapor yang benar, bersikap objektif, saksama dan memperoleh maklumat dari sumber rasmi dan sahih.
-  “Atas nama kebebasan, laman web ini membenarkan fitnah, pembohongan, maki hamun, penggunaan kata-kata kesat, keji dan bersifat perkauman disiarkan tanpa mengambil kira kesannya pada pembaca atau pihak yang terbabit.
- Bagaimanapun, katanya, media boleh membuat teguran dan mengkritik secara konstruktif, objektif, adil dan berasaskan fakta yang tepat kerana ia boleh membantu kerajaan mengatasi kelemahan dan kepincangan, sistem dan memperkemaskan sistem pentadbiran.
Demikian lah, beberapa petikan ucapan TPM kita, di harap bagi penulis blog, patuhilah arahan kerajaan Malaysia. Ada komen, sila sampaikan di sini.



No Responses