Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Assalamualaikum dan selamat sejahtera! Apa khabar anda semua? sihat tak? ha.. hari ni saya nak berseloroh tentang merdeka ni.. haha
Untuk pengetahuan semua, pada hari ini, 25 Ogos 2008, saya bersama-sama rakan-rakan dari Institut Perguruan Raja Melewar akan pergi menyertai koir peringkat kebangsaan… Wah! macam best jek!
Kami seramai 140 orang dengan menaiki bas institut sebanyak 3 bas (2 bas air cond & 1 bas TATA). sape tau bas TATA?? ha.. cari sendiri k.
Sebelum bertolak, kami di beri taklimat oleh pensyarah pengiring iaitu En.Rahim. Kami diberikan taklimat ringkas selama setangah jam. Kami bertolak ke Putrajaya (kediaman sementara bagi 2300 peserta koir kebangsaan) jam 10.30 pagi. Tetapi malangnya, perjalanan yang hanya mengambil masa sejam dah menjadi 2 jam setengah kerana kami tersangkut dengan traffic jam! apaka daya
Akhirnya, kami sampai juga di Putrajaya jam 12.30. Kami diberikan tempat tinggal.. Memang masyuk!
Ok lah, sampai di sini saja, esok saya akan sambung lagi. wasalam…..

No Responses