motivasi melalui MP3

Apa yang anda lakukan apabila anda kurang semangat atau kebosanan serta kerungsingan?? Tahukah anda, suara atau bunyi-bunyian merupakan antara terapi terbaik untuk diri?

Assalamualaikum dan salam sejahtera?? Apa khabar semua? (sila jawab ‘saya hebat dan baik sekali !! ) :)

Pada entri kali ini, sy akan ceritakan beberapa pengetahuan baru yang saya perolehi ketika sedang menziarahi forum WangCyber sebentar tadi. Satu perkongsian menarik yang telah dikongsikan oleh saudara NMD, yang saya rasa tidak adil jika saya pendamnya saja :)

Semua orang mengenali apa itu Ipod, atau MP3 player, err.. atau lebih mudah, jika sesiapa yang mempunyai kemudahan komputer Windows Media Player. Anda sudah pasti menggunakannya untuk melayan lagu bukan? TETAPI sekarang, adakah anda ketahui bahawa dengan pemain MP3 tersebut kita boleh memajukan diri kita ?

Menurut saudara NMD, beliau meringkaskan skop kepada MP3 player untuk audio motivasi. Apa yang dilakukan oleh beliau ialah :

1. beli atau download secara percuma motivation audio dari internet ke dalam komputer dan
2. kemudiannya copy masuk dalam iPod ayam tersebut.

Carilah motivator-motivator atau speaker-speaker yang hebat dan terkenal contohnya seperti yang saya suka – Anthony Robbins, Bob Proctor, Robert Kiyosaki etc. Tony Robbins the best, penyampaiannya cukup bertenaga dan bersemangat.

Waktu-waktu yang sesuai untuk mendengarnya ialah seperti menunggu sesuatu/seseorang. Macam saya, suka dengar waktu tunggu anak keluar dari sekolah, sebelum tidur, dalam kereta (waktu traffic light merah/traffic jam), dalam jamban (hehe), waktu tak buat apa-apa, senang kata bila-bila ada sela waktu yang terluang, walaupun sekejap.

Paling baik ialah waktu sebelum tidur, memang meresap ke dalam otak, kekadang masuk dalam mimpi pun ada! Bangun pagi pun rasa bersemangat je, itulah kehebatannya.

Sebenarnya taklah setiap waktu saya mendengarnya pun, diwaktu-waktu yang dirasakan macam kurang semangat ke, lemah semangat ke, sedang menghadapi masalah/cabaran yang sukar ke, iPod ni memang ternyata membantu saya sedikit sebanyak!

Daripada anda main game handphone, melopong dalam LRT, dalam bas, kat stesen bas, kat restoren tengah tunggu awek, baik gunakan masa yang terluang sebaik mungkin untuk kemajuan diri anda.

p/s: di atas merupakan petikan post forum yang dilakukan beliau, jadi sekarang MP3 player tidak terhad kepada satu-satu kegunaan saja,, nampak bukan?

kredit : NMD merupakan penuli/pemilik blog http://enemdy.com

Related Posts with Thumbnails