Hohoho….. Hari kedua ku kini bersama team koir kebangsaan kemerdekaan..
Assalamualaikum dan selamat sejahtera..
Ini merupakan hari kedua saya berada di Putrajaya bersama 2300 peserta koir yang lain.. mcm biasa, bangun jam 6.00 pagi dan bersiap untuk solat dan senaman pagi bersama-sama institut perguruan se-malaysia yang lain. Hari yang indah untuk kita lakukan latihan ni.. Cube tgk muka kat sebelah ni… hah.. ni muke baru bangun tido.. hek hek
Jom… petang kami ke dataran merdeka, tempat latihan kami dan berlangsungnya majlis gilang gemilang kami di sini.. Memang seronok (hari pertama lah kan) hehe
Kami di perkenalkan dengan Pak Ngah Production, dimana di sini Pak Ngah sebagai ketua dan di bantu oleh pekerjanya dari Pak Ngah Production.
Memang agak seronok bila dapat tengok muka Pak Ngah secara ‘live’. Mana tak nya, selalu tengok dalam TV
je kan? hurm…
Petang nya, jam 6.00 petang kami pulang semula ke Putrajaya.. Agak memenatkan bagi saya.. Life must go on!
Pada malamnya, berlangsung lagi taklimat untuk perjalanan hari esok. kami dikehendaki bangun pagi jam 4 pagi!! What!! kami terpaksa, kerana jika kami lambat keluar dari Putrajaya, maka kami akan tersangkut dengan traffic jam yang ‘menggila’ di Kuala Lumpur.. Dah lah kawasan kami ni line maxis takde.. huhuu.
Ok lah, saya kena tido awal ni.. sebab esok jam 4 pagi kami kena bangkit berjuang!!
Tags: kemerdekaan


2 Responses