“selamat jalan buat kontinjen Malaysia yang berlepas semalam dan ada yang dah berlepas lebih awal untuk persiapan 8-12 Jun 2010 iaitu Jamboree Pengakap Serumpun !”

Semalam aku dapat PM kat inbox FB aku, “Mie, aku kat KLIA ni, nak berlepas jumpe cewek2 pramuka.. bye” . Pergh! Geram je baca mesej tu, mentang-mentang lah aku ada hal kat sini. Kalau tak, memang aku dah ikut :(

Pengakap ni dah jadi jiwa aku, walaupun sekarang aku berada di skuad Negeri Sembilan (dulu zaman sekolah duk kontinjen Johor) kat sini aku jadi KLM untuk pasukan pengakap di IPG Raja Melewar. Insyallah, memang banyak aku ikut aktiviti pengakap secara private (ikut pasukan Seremban A) ..

Oke! Mari aku cerita sikit pasal Jamboree Serumpun ni, daripada apa yang aku tau berdasarkan meeting yang dijalankan, ini butiran jamboree ini :

Antara aktiviti yang akan dijalankan ialah :

Seni tradisional Minangkabau, seperti Tari Piring di Atas Kaca, Tari Piring di Atas Telur, Tari Pasambahan, Lukah Gilo, Dabuih, Randai, Saluang Dendang, nyanyi Minangkabau dan Pacu Jawi. Semua dikemas dengan sangat menarik sehingga seluruh peserta jambore akan mengenal dan merasakan lansung seni budaya tradisional Minangkabau itu. Bahkan juga akan disuguhkan demonstrasi alat musik tradisional serta seni bela diri pencak silat beserta filosofinya.

Sampai sini sajelah aku update untuk kali ini. Pramuka !! Tahun depan aku datang! :) Korang pernah tak sertai jamboree? tak kiralah Malaysia atau antarabangsa, kongsikan kat sini pengalaman korang tue..

Related Posts with Thumbnails