Dulu saya pernah cakap… “Masih Belum Sempurna” tapi hari ni, saya cakap “Akhirnya Sempurna” kenapa?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua? Hari ni, sudah hampir… err.. hampir sempurna kerja laman web saya , cuma tinggal touch up dan make up jek (macam same jek) .. hehe, cuma nak jaga QC je lagi. TETAPI hari ini, beberapa persoalan yang terbuku dalam kepala otak ni, mula terjawab dah.. Ni semua gara-gara cikgu, yang dapat ranking top 10 dalam pakcik GooGle untuk keyword ‘SMK Tengku Mahmud Iskandar’ hhaha! mesti someone dah mula terasa ni.. hehe.. :)

Fuh! lega hati nie, bila segala jawapan sudah terjawab, dan sudah tahu, macam mana rupanya Cikgu Sarah ni.. hehehe.. dia seorang yang friendly speaking,nice,cun << ni tak leh tahan.. dan yang paling penting, dia ni ‘banyak cakap’ dan caring jugak.. huhuh! Mana taknya, sebelum-sebelum ni, saya hanyalah menjadi pembaca blog beliau sahaja, tapi hari ni dah jumpe depan-depan setelah hampir sejam saya tunggu di pondok Pendidikan Khas. Setelah sejam tunggu, dia SMS ‘saya tak dapat jumpe, ada hal…’ alamak.. nasib baik cikgu wan ajak jalan-jalan..

Pulang je dari jalan-jalan dengan cikgu wan, akhirnya sempurna! Saya terserempak dengan cikgu Sarah ni. haha! mano nak lari geng.. :) dapat jugak lah berbual, rupanya saya pernah berjumpe dengan cikgu Sarah tapi time tu masih tak mengenali, semasa Pertandingan Bahas Kepenggunaan di MMU,Melaka. Debater. Best rupanya borak dengan cikgu ni, tapi masa cemburui kami. Tapi tak pe, ada masa, saya akan ‘temubual’ cikgu kita nih.. heheh.. kawan-kawan, tunggu post akan datang yek.

Saya pulang dengan semangat berkobar-kobar nak update blog ni. huhuh.. tapi saya dah agak, cikgu ni pun dah mula update blog nya sekarang,, Itu lah kisahnya, AKHIRNYA SEMPURNA. :)

P/s: lakukan sesuatu dengan sungguh-sungguh sehingga sempurnya,kerana kesempurnaan itu dapat mengubat kepenatan. ye tak? ada komen?

Related Posts with Thumbnails