29 Mei 2010, genaplah 557 tahun kemenangan Islam di kubu pertahanan terkebal dunia, Konstantinopel di Turki. 29 Mei setiap tahun seharusnya dijadikan bukan sekadar hari memperingati kejayaan Sultan Al-Ghazi Muhammad bin Murad membuka Konstantinopel sehingga menebalkan lagi sindrom ‘hero worshipping’ umat Islam.

29 Mei sepatutnya dikenang antara salah satu hari yang bersejarah bagi umat islam kini, iaitu penawanan kota Konstantinople. Kemenangan menjejakkan keadilan Islam di Haghia Sofia oleh Muhammad Al-Fateh perlu dianalisa dengan pembacaan yang lebih meluas sumbernya dan analisa yang lebih tersirat sifatnya dari fakta yang tersurat, jika benar mahu membongkar hikmah dan mukjizat hadis pujian Nabi kepada baginda dan pasukan baginda.

Proses pengepungan yang memakan masa hampir 2 bulan hakikatnya suatu proses yang sangat sukar, mustahil  dan hampir-hampir sejarah sedang bersedia saat itu untuk menguburkan sebagai percubaan ke 12 tentera Islam yang gagal selepas 800 tahun Nabi mensabdakannya.

Kalau kita lihat, anak muda kini lebih gemar memperingati hari Valentine Day, iaitu hari pembunuhan umat Islam beramai-ramai. Ramai anak muda kini lebih menyambut hari kekalahan umat Islam daripada kemenangan. Renung-renungkanlah..

Rujukan , Ust Syaari, Senior Motivator IP Minda Sdn Bhd.

Related Posts with Thumbnails