Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca,
Kali ini sekali lagi saya akan cuba menulis mengenai topik skim cepat kaya yang mana saya berpendapat skim-skim ini akan terus wujud jika sebab-sebab yang akan dihuraikan ini tidak diambil berat oleh anda semua.
Janganlah anda menjadi seperti seorang makcik Mila (bukan nama sebenar) yang kini terpaksa menyara 9 orang anak (selepas bercerai) dengan menjual surat khabar lama. Kisah makcik Mila ini perlu didedahkan kepada anda semua, supaya dapat memberi pengajaran berguna bertapa buruknya jika kita mempunyai sikap tamak dan rakus untuk mengaut kekayaan. Asalnya, makcik Mila bekerja sebagai Penolong Pegawai Tadbir di sebuah jabatan kerajaan (ketika itu belum ada pengumuman mengenai kenaikkan gaji kakitangan kerajaan).
Pada masa itu, makcik Mila mempunyai bebanan tanggungjawab untuk menguruskan suami dan anak-anak. Pendapatan isi rumah pula ketika itu sekadar cukup-cukup makan sahaja. Yalah, mana mungkin makcik Mila mampu hidup senang jika tinggal di bandar yang memerlukan perbelanjaan yang agak besar. 8 orang anak pula telah pun memasuki alam persekolahan dan pengajian. Setakat tinggal dirumah teres 3 bilik, membuatkan makcik Mila mengambil keputusan untuk mencari pendapatan tambahan.
Seorang kenalan suami telah memperkenalkan peluang menjana pendapatan mudah dan boleh memberikan kesenangan kepada makcik Mila sekeluarga. Setelah diterangkan secara mendalam mengenai peluang ini, akhirnya makcik Mila mengambil keputusan mengeluarkan wang sebanyak RM30k untuk pelaburan jangka pendek. Malah dia mengambil keputusan drastik untuk berhenti kerja selepas berkira-kira pendapatan yang akan dia perolehi setiap bulan kelak.
Kononnya keputusan bijak beliau itu adalah yang terbaik setelah melihat kejayaan kenalan suaminya tetapi rupa-rupanya dia telah menjeratkan dirinya kepada kesusahan apabila tidak sampai seminggu fatwa dikeluarkan dan skim pelaburan yang konon akan memberi pulangan lumayan kepadanya terhenti operasi.
Alangkah sadisnya. Suami pula dicekup kerana kes rasuah dipejabat (bukan kes pelaburan haram) dan dipendekkan cerita, mereka berdua bercerai setelah pertengkaran dahsyat terjadi. Kini dengan menjual surat khabar, anda bayangkan betapa peritnya kehidupan makcik Mila ketika ini.
Mungkin kisah ini adalah antara coretan memori luka ramai diluar sana yang terpedaya dengan peluang menjana pendapatan di internet. Inilah yang berlaku apabila kita mengambil mudah dengan beranggap mencari duit itu adalah seperti mengopek kulit kacang dengan sebelah jari.
Pembaca sekelian,
Anda perlu sedar bahawa skim-skim cepat kaya atau pelaburan internet berasaskan epoint (yang di fatwa haram) akan terus wujud jika, anda sebagai pelawat, pengguna, pembaca, peserta dan apa juga “pe†terus memberi sokongan kewujudan mereka. Mereka akan terus wujud dan berkembang biak apabila adanya permintaan dan mereka yang degil terus memberi sokongan. Jangan sesekali kita memberi sokongan kepada program-program sebegini kalau boleh jangan beri peluang mereka bertapak di internet ini.
Saya bertambah terkilan dan kasihan apabila mula terasa memang telah banyak penipuan dilakukan dan kita yang tidak suka “menjaga tepi kain orang†hanya memandang kaku tanpa adanya tindakan yang sewajarnya.
“Biarlah diaorang nak kaya dengan cara diaorang sendiriâ€
Ayat seperti ini mungkin banyak maksud terjemahannya. Mungkin ada yang berkata itu dan ini tetapi realitinya program-program ini banyak keburukannya berbanding kebaikan.
Malah lebih memburukkan keadaan ada yang tidak faham apakah itu maksud PENIPUAN. “Sangkar harimau telah terbuka, harimau lapar menanti di dalam, kita pula sibuk nak masuk ke dalam sangkar†Ilmu yang cetek untuk memahami peluang menjana pendapatan membuatkan ramai yang masih tertipu. Bermacam-macam cara untuk ditipu. Sebabnya, mereka kurang ilmu tetapi memiliki â€wang besar†dan wang ini akan menjadi sasaran kepada si penipu. Bukalah mata kita, sudah berapa ramai yang telah diperdaya.
Jangan disebabkan skim-skim ini, peluang kita untuk memperolehi pendapatan sampingan atau menjalankan perniagaan di internet terjejas oleh persepsi masyarakat terhadap masa depan “make money†di internet.
Jadi sebagai langkah untuk mengembalikan kepercayaan orang ramai, ebook “Rahsia Dalang Skim Cepat Kaya & Pelaburan Haram Internet di Bongkar†telah diterbitkan. Jika anda pernah terlibat dengan program-program ini atau bakal menjadi mangsa, ketahuilah kisah pembongkaran ini demi panduan kewangan anda. Jangan kerana nyamuk seekor, habis kelambu dibakar. Menyesal kemudian tiada guna.
Panduan ini penting untuk diri anda serta individu yang anda rasa layak untuk mengetahuinya. Ketahui lebih lagi mengenainya di sini http://www.hyipoint.com.
About the Author
Penulis adalah seorang blogger aktif yang menjalankan perniagaan internet secara online (http://www.noorizamshah.com). Beliau memiliki laman perniagaan iaitu website tempahan pelamin dan pakej perkahwinan secara online di http://www.pelamin.net
Kini beliau melancarkan produk ebooknya yang bertajuk Rahsia Dalang Skim Cepat Kaya & Pelaburan Haram Internet di Bongkar”
Dapatkan ebook bermanfaat ini di http://www.hyipoint.com
Tags: Tutorial
One Response