Posts Tagged "Usahawan Internet"

Assalamualaikum an salam sejahtera :)

Alhamdulillah, saya baru sahaja selesai mengisi borang permohonan pakej streamyx Coolunipack :) pakej yang berbaloi-baloi kepada student IPT. Dapat internet +netbook +harga murah !! 3 in 1.

Saya telah mula mempromosi di kawasan sekitar kampus saya, tetapi sambutan tetap sedikit (biasalah, nak tengok orang dulu..) kalau dah habis, jangan menyesal ye ! sebab pakej ni akan ditutup setelah kuota 100k penuh! Dan menurut ajen TM, kuota ini akan penuh selepas raya cina.

Telekom Malaysia Berhad (TM), dengan usahasama Kerajaan Malaysia, melancarkan pakej jalur lebar terkininya untuk mahasiswa tahun pertama atau kedua, yang dipanggil Streamyx Cool UNI Pack. Pakej ini menawarkan para pelajar satu gabungan yang merangkumi akses jalur lebar PERCUMA dan netbook dari hanya RM50 sebulan untuk tempoh 24 bulan.

Untuk layak melanggani pakej Streamyx Cool UNI Pack, para pelajar mesti memenuhi syarat-syarat berikut:

  • Para pelajar mesti berasal dari isi rumah dengan pendapatan bulanan berjumlah RM3000 atau kurang daripadanya.
  • Para pelajar mesti belajar di tahun pertama atau kedua di mana-mana IPTA atau IPTS di Malaysia
  • Para pelajar mesti menerima pengesahan dari Unit Hal Ehwal Pelajar dari universiti atau kolej tersebut.

Dengan hanya RM50 sebulan, para pelajar yang melanggan untuk Streamyx UNI Cool Pack akan menerima:

  • Akses jalur lebar Streamyx PERCUMA dengan kelajuan 384 Kbps
  • Satu (1) modem wayarles PERCUMA dengan jaminan 12 bulan
  • Pengecualian yuran pengaktifan (RM75) dan yuran pemasangan (RM88)
  • Diskaun 50% untuk yuran langganan bulan pertama
  • Satu (1) akaun Streamyx Zone PERCUMA
  • 50 buah lagu yang dimuat turun setiap bulan selama 12 bulan dari muzik portal TM, Hypptunes (www.hypptunes.com.my)
  • Satu (1) akaun emel (XX@steamyx.com)
  • Satu (I) alamat Protokol Internet dinamik
  • Satu (1) Netbook Hewlett Packard (HP) dengan cakera padat 250 GB, memori 1 GB dan penghantaran PERCUMA ke seluruh negara

Untuk mendaftar bagi pakej Streamyx Cool UNI Pack, para pelajar perlu membawa dokumen-dokumen berikut ke kaunter jualan TM atau cawangan TMpoint:

  • Salinan kad pengenalan Malaysia
  • Salinan kad pengenalan pelajar
  • Borang permohonan yang dilengkapi dengan pengesahan dari universiti atau kolej mereka

p/s : Di harap artikel ini akan membantu anda mendapatkan pilihan yang bijak! Sila daftar cepat biarkan yang teragak-agak tu terus tak merasa.. (jahatnya aku).
p/s/s: apa pendapat anda mengenai pakej ini ? sila berikan komen ya. :)

speed adsense se creative

Alhamdulillah, pada 8-9 Ogos (semalam) saya telah menghadiri satu seminar yang dianjurkan oleh Team Speed Adsense. Pengisian yang cukup hebat, dan juga matlamat saya bertemu dengan Internet Marketer yang lain telah tercapai. Ini merupakan ‘mini gathering’ bagi para IM Malaysia. :)

Ilmu yang disampaikan memang best la. part yang paling saya suke ialah meta marketing dan facebook ads. Cuma teknik yang di ajar ada yang dah di praktikkan dan ada yang belum. :)

Bagi yang menghadiri bukan sahaja dapat ilmu mengenai adsense, malah pada malam nye, saya dapat bertemu dan berkongsi pengalaman dengan IM yang lain. Untuk pengetahuan, saya merupakan teman sebilik dengan Titan. Dia nampak je garang, padahal.. owww.. (ops! jangan marah aaaa..) padahal pemalu.. :)

Dapat sebilik dengan Titan memang habis digunakan untuk mengcungkil rahsia Widgetbuck, bidvertiser dia.. heheh.. dapat jugak. Thank Titan.. Titan, pasni kita team mate la buat IM, kita korek habis income dengan widgetbuck.. Jom!

Thank kepada tenaga pengajar, Abu Hanis, Mr XXX, Richuan, Fuad Latif, Yusry, dan juga Syed Ikhwan. Memang best, overall boleh bagi rating 4.5/5 .. (o.5 sebab internet connection masalah hotel bagi) hehe..

Alhamdulillah.. duit raya ni.. :)

Itu ialah screenshot hasil earning aku setakat hari semalam.. kalau lah tiap-tiap hari macam ni, duit raye lah nampaknya. :) ini lah hasil berbudi dengan Google kan ?

Kita baik baik dengan Pakcik G (Google), pakcik G akan bagi kita macam ni. walaupun earning aku tak lah sehebat otai-otai lain macam syed ikhwan, richie, hafreze, abu hanis dan lain-lain.. tapi memadailah bagi akaun yang masih “dara” ni. :)

hasil earning hari semalam ialah dengan kos berjumlah $15 sahaja. ok tak ?

Assalamualaikum dan salam sejahtera :)

Pada 4 Mei lepas, saudara Maser telah melancarkan satu produk yang bagus dan belum ada lagi di Malaysia iaitu Panduan Forum PHPBB.

Maklumat lanjut, layari > http://www.buatforum.com

Jadi, sebelum anda membelinya, saya ada satu tawaran yang AGAK MENARIK kepada pembeli Panduan Forum yang membeli melalui link aff saya :)

TAWARAN SAYA > PAKEJ PERAK JomSMS.net


Apa anda akan dapat?

1. akaun smsbulk
2. sistem menghantar sms melalui internet dengan sender ID anda sendiri
3. kredit sms sedia ada sebanyak 100.

Untuk anda layak mendapatkan bonus ini daripada saya, sila pastikan :

1. sila clear kan cookies dari komputer anda
2. Layari melalui link >>http://www.buatforum.com/index.php?ref=hilmi
3. pastikan hujung link adalah =hilmi

p/s: selepas membuat pembelian melalui link saya, sila email saya  maklumat lengkap pembayaran anda, kami akan verifikasi dengan saudara Maser untuk kepastian.
p/s/s : selepas anda disahkan membeli melalui link saya, saya akan PM anda maklumat selanjutnya untuk mendaftar akaun dengan Jomsms.net

” Pilihan Bijak Di Tangan Anda “

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Alhamdulillah, pada ahad lepas saya baru sahaja selesai trading barang dari China, iaitu hp Nokia N95 (brand China) sebanyak 3 buah yang bernilai USD350.00 siap kos shipment. Hp ni bukan lah hp sebenar mcm Nokia N95, sbb buatan China, semua function ada kecuali 3G (Malaysia ni ada 3G, bukan semua pakai pun, jadi tak penting sangat bagi saya yang duduk kampung ni kan ?) :)

Ini merupakan pengalaman pertama saya mengambil barang dalam kuantiti yang banyak jugak bagi saya yang melibatkan nilai USD350.00! atau lebih kurang RM1225.00 jugak. Ini saya beli untuk adik yang baru je lepas exam dan dapat duit pertanian (berbudi pada tanah dengan fertigasi).

Jadi di sini, saya nak tunjukkan gambar barangnya yang akan sampai ke Malaysia. Barang masih lagi dalam kapal (pos bersama EMS) . Dalam 2 hari lagi sampai katanya, kita tunggu sajalah. Bukan masalah tu saja, kemungkinan saya juga terpaksa dapatkan AP untuk lepaskan hp saya ni daripada kastam, betulke?

Ini lah gambarnya, saya tunjukkan di sini. Harap-harap apa yang digambarkan, serupa bila tiba di Malaysia nanti, InsAllah.

hp-nokia-china bungkusan-nokia

p/s: apa kata anda? pernah anda membeli daripada luar negara? kongsikan pengalaman anda di ruangan komen :)

“Minggu yang agak sibuk dengan tempahan dari masyarakat yang mahu beralih arah ke dunia IM, saya uruskan meraka. Rezeki pada kali ini- Alhamdulillah”

Alhamdulillah, rezeki masuk mencurah-mencurah bagi bulan ini. Pada bulan ini, saya mendapat 1 projek yang agak besar juga untuk disiapkan. :) walaupun kepenatan, siang-malam saya tak tidur menyiapkan projek yang diberi walaupun terpaksa diubah 2-3 kali tapi rezeki Tuhan yang tentukan, saya terima :)

Walaupun agak penat menyiapkan, apakan daya, mana ada kerja halal di dunia ini yang mudah, kerja angkat sampah pun susah. Tak ada yang senang di dunia ini jika kita mahu mencapainya!

1 projek daripada Kak Nor iaitu laman web susu alpha lipid. dan beberapa projek untuk saudara Zamri Mohamad. siapa yang tak kenal dengan Zamri Mohamad , beliau merupakan penulis buku – Best Seller! Sempatlah saya berkenalan dengan beliau, masa tu beliau menjadi pelanggan saya untuk produk JomSMS.net , (mudah katanya promosi guna sms ni.. senang, siap ada sender ID lagi)

Ada satu berita yang sedap didengar jugak :) Saudara Zamri kata “jemput lah hadir ke Seminar Pemasaran Internet, nama kamu tersenarai untuk slot Permasaran Internet Untuk Bisnes Kecil iaitu produk JomSMS.net “

Memang best bila dengar jemputan macam ni, tapi apakan daya IM part time macam saya ni, masih lagi ada keutamaan yang lebih utama iaitu study. 24 April jemputan ke majlis tu terpaksa ditolak atas sebab saya menghadiri kelas. Memang nak sangat menghadiri, tapi tak pelah. Saya mungkin akan hadiri bengkel penulisan buku ilmiah dengan Bro Zamri hujung tahun ni, kalau tak silap.

p/s: jangan salah masa jika kamu sibuk kerana masa bagi setiap manusia sama saja, iaitu 24 jam sehari.