
banyak yang SPAM blog saya ni sejak ia menjadi blog dofollow.. Nasib baik ada SpamKarma.
Alhamdulillah, sejak saya berjaya tukar attribute blog wordpress saya ni ke dofollow, semakin meningkat backlink dan rank saya dalam search engine. Cuma apa yang mengecewakan, SPAM word atau komen berunsur spam pun banyak masuk dalam blog saya ni. Nasib baik ada plugin SpamKarma2, dapat bantu saya membenteras, kalau tak, jenuh tangan mendelete nya.
Mungkin ramai lagi yang tak tahu, apa pentingnya blog kita menjadi dofollow kan ? Jadi, saya akan cerita serba sedikit mengenai dofollow, dan saya akan buat 1 entri khas utk dofollow ini.
Blog yang dibina menggunakan blogger dan wordpress pada asalnya menggunakan attribute NoFollow. NoFollow bermaksud crawler dari search engine seperti Google dan Yahoo tidak akan “follow” atau “ikut” external link yang terdapat dalam blog contohnya pada bahagian main page dan comment.
Manakala DoFollow pula bermaksud blog itu tidak menggunakan attribute nofollow. Bila mana anda meninggalkan komen di blog dofollow beserta link kepada blog anda, anda akan mendapat backlinks secara percuma. Lagi banyak komen, lagi banyak backlinks, dan kemungkinan besar PageRank/PR blog anda juga akan meningkat dengan cepat.
Jika anda mempunyai blog yang popular dengan jumlah komen yang banyak, maka dengan menjadikan blog anda sebagai dofollow anda dapat memberi backlinks percuma kepada mereka sebagai ganjaran.
p/s : Faham tak? ok, untuk entri seterusnya, saya akan ceritakan bagaimana anda boleh jadikan blog anda juga sebagai dofollow ya
Janganlah anda menjadi seperti seorang makcik Mila (bukan nama sebenar) yang kini terpaksa menyara 9 orang anak (selepas bercerai) dengan menjual surat khabar lama. Kisah makcik Mila ini perlu didedahkan kepada anda semua, supaya dapat memberi pengajaran berguna bertapa buruknya jika kita mempunyai sikap tamak dan rakus untuk mengaut kekayaan. Asalnya, makcik Mila bekerja sebagai Penolong Pegawai Tadbir di sebuah jabatan kerajaan (ketika itu belum ada pengumuman mengenai kenaikkan gaji kakitangan kerajaan).


Semalam, keluar TV3, hari ni keluar Berita Harian, penulis blog kena warning dengan TPM, Datuk Seri Najib Razak. Tapi setelah saya baca akhbar itu sepenuhnya 



