Posts Tagged "Tazkirah"

Ya Allah jika aku jatuh cinta,

Cintakan aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu,

Agar bertambah kekuatanku mencintaiMu.

Ya Muhaimin jika aku jatuh hati,

Izinkanlah aku menyentuh hati

Seseorang yang hatinya tertaut padaMu,

Agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu.

Ya Rabbana jika aku jatuh hati,

Jagalah hatiku agar tidak berpaling daripada hatiMu.

Ya Rabbul Izzati jika aku rindu, Rindukanlah aku pada seseorang

Yang merindui syahid di jalanMu

Ya Allah jika aku menikmati cinta kekasihMu,

Janganlah kenikmatan itu melebihi

Kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu.

Ya Allah jika aku jatuh hati pada kekasihMu,

Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh

Dalam perjalanan jauh menyeru manusia kepadaMu.

Ya Allah jika kau halalkan aku merindui kekasihMu,

Jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku

Pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu.

Amiin…


 


Salam Ikhlas Dari MohdHilmi.com

Assalamulaikum dan salam sejahtera, esok (16 Mei) kita akan menyambut hari yang mana merupakan antara yang paling penting dalam hidup kita iaitu, HARI GURU. Tanpa guru, siapalah kita. Kita perlu ucapkan selamat hari guru kepada sesiapa sahaja! kerana sesiapa sahaja adalah guru kita.. Sudahkah kita mengucapkan selamat hari guru kepada guru-guru kita?

Gunakan teknologi yang ada, kita SMS, email,chatting, telefon, dan berjumpa untuk ucapkan selamat hari guru. :)

TERIMA KASIH cikgu yang mengajarku membaca
TERIMA KASIH cikgu yang mengajarku menulis
TERIMA KASIH cikgu yang mengajarku melukis
TERIMA KASIH cikgu yang mengajarku mewarna
TERIMA KASIH cikgu yang mengajarku mengira
TERIMA KASIH guru yang mengajarku erti hidup
TERIMA KASIH guru yang mengajarku mengenal diri

TERIMA KASIH guru terawal – ibu dan ayah
TERIMA KASIH guru muqaddam
TERIMA KASIHh guru tadika
TERIMA KASIH cikgu sekolah
TERIMA KASIH pensyarah
TERIMA KASIH guru sejati

TERIMA KASIH

jasamu akan tetap ku kenang hingga ke akhir hayat ini

terima kasih, selamat hari guru~


Adakah kita hidup di dunia ini sebagai tuan atau hamba bagi minda kita?

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua! :) Apa khabar? Saya luar biasa bagus (ungkapan yang sering saya ucapkan)

Topik saya pada hari ini merupakan satu persoalan yang teah di ajukan oleh kawan saya ketika saya sedang mendengar kelas insuran MAA pada hari semalam.. kawan saya ni bertanya kepada saya untuk saya renung-renungkan..  Adakah kita hidup di dunia ini sebagai tuan atau hamba bagi minda kita?

Apabila saya memikirkan, kebanyakkan daripada kita termasuk saya sendiri (mengaku saya) merupakan hamba kepada minda kita! ya, apa yang saya katakan ni mungkin tidak logik, yelah kita sudah merdeka sejak 1957, mana mungkin kita di jajah.. MEMANG BETUL TETAPI kita perlu beringat, kita telah dijajah minda kita!

Bagi diri saya, saya katakan saya dijajah apabila saya asyik atau terlalu mengikut kata minda saya yang mahukan itu, mahukan ini, mahukan semuanya! tetapi apabila mendapat sesuatu saya leka dan tidak mengamalkan apa yang saya perolehi :( 1 kesedihan bagi diri saya!

Renungkan kembali dalam diri kita semua, sampai bila kita mahu dijajah oleh minda kita? macam mana kita nak mencapai Financial Freedom yang kita ingin-inginkan jika kita masih dijajah?

Apabila saya fikirkan semula, memang benar.. Azam saya, saya ingin keluar daripada ‘kepompong’ masalah ini dan jadikan nasihat dan kata-kata rakan saya sebagai semangat saya menempuhi segala. Terima kasih kepada kawan saya tersebut kerana menyedarkan saya.

p/s: saya kongsikan persalan ini kepada anda, untuk kita sama-sama rungkai persoalan tersebut.


Bila Unta dah tak selera makan… Kambing mula resah.. Lembu pura-pura gelisah.. Ayam je nampak cool! itu tandanya Hari Raya Korban dah nak dekat.. Selamat Hari Raya AidilAdha!!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat pengunjung blog MohdHilmi.com ini, terima kasih saya ucapkan selama 4 tahun kewujudan blog ini (4 julai 2004) kelahirannya, pengunjung masih lagi maintain bersama-sama kami. Berkat kesabaran dan usaha kita semua, laman rasmi MohdHilmi.co masih lagi gah di persada blogging! :)

Di kesempatan ini, saya selaku wakil pihak krew MohdHilmi.com serta ahli keluarga MohdHilmi.com ingin mengucapkan selamat menyambut bulan mulia, hari mulia,saat mulia dalam Islam iaitu AidilAdha! Semoga semua usaha kita selama ini diberkati Allah hendakNya. :)

Nampak tak ayat ‘quote’ di atas? haa.. itu cuma sebahagian ayat SMS yang saya terima daripada rakan-rakan yang masih mengingati saya, Terima Kasih saya ucapkan.. Yang mana saya tak sempat SMS atau call, jangan marah, bukan saya lupa.. tidak, cuma kesibukan mengatasi segalanya. Walaupun sibuk saya tetap akan menlapangkan masa dalam hari yang mulia ini untuk bersama-sama semua saudara-mara demi ukhwah bersama.

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan, ‘SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA BUAT SEMUA WARGA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DI SELURUH DUNIA”


KELEBIHAN BULAN REJAB

Assalam, dan selamat sejahtera. Apa khabar? :) Post pada hati ini berlainan sedikit. Alhamdulilah, sudah masuk bulan Rejab, bulan mulia dalam Islam :) . Mari sama-sama kita membaca tazkirah di bawah.

Kaum muslimin yang dirahmati Allah,

Marilah kita bertakwa kepada Allah Subhanahu Wataala, dengan terus menerus mengerjakan segala suruhannya dan meninggalkan segala apa-apa jua larangannya, mudah-mudahan kita tergolong menjadi hamba-hambanya yang benar-benar beriman dan bertakwa.

Allah Subhanahu Wataala yang maha berkuasa telah menciptakan alam dengan begitu sempurna untuk keperluan hidup makhluknya. Dengan peredaran serta pusingan planet bumi, bulan dan bintang-bintang, maka wujudlah perkiraan masa atau zaman, dua belas bulan dalam satu tahun, empat daripadanya dinamakan bulan haram yang dihormati dan mengandungi kemuliaan dan kelebihan yang tersendiri.

Firman Allah Subhanahu Wataala dalam surah At-Taubah ayat 36: Tafsirannya: “Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi hukum Allah ialah dua belas bulan, yang telah ditetapkan dalam kitab Allah semasa ia menciptakan langit dan bumi di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama kamu yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu dengan melanggar larangannya. Dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertakwa”.

Ahli Jumaat sekalian,

Daripada Abu Bakrah diriwayatkan oleh Imam Abu Daud bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam telah bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya zaman itu berputar semenjak mula-mula Allah Subhanahu Wataala menciptakan langit dan bumi, satu tahun mengandungi dua belas bulan, daripadanya empat bulan haram, tiga daripadanya bulan itu berturut-turut iaitu Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharam dan satu bulan berasingan iaitu Rejab diantara Jamadilakhir dan Syaaban.

Bulan Rejab adalah bulan ketujuh daripada bulan-bulan dalam hitungan tahun qamariah. Rejab bererti kebesaran dan dinamakan Rejab kerana bulan ini sangat dimuliakan pada zaman Jahiliah. Dalam bulan ini juga mencatatkan sejarah penting bagi kehidupan umat Islam kerana dalam bulan ini mengandungi peristiwa Isra’ dan Mikraj Junjungan Nabi Besar kita Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam satu peristiwa yang kita telah maklum keagungannya.

Umat Islam digalakkan untuk beribadat sebanyak mungkin pada bulan Rejab ini kerana pada bulan ini Allah Subhanahu Wataala banyak memberikan pahala kepada mereka yang mengerjakan ibadat di dalamnya.

Di antara amalan-amalan yang digalakkan ke atas orang-orang Islam untuk mengerjakannya pada bulan Rejab ini ialah:-

Pertama: Membaca Salawat kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.
Umat Islam memang digalakkan untuk membanyakkan membaca salawat pada bila-bila masa terutama pada ketika pahalanya dilipat gandakan di dalamnya seperti pada bulan Rejab kerana membaca salawat sangat besar pahalanya.

Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam :
Ertinya:” Barangsiapa yang membaca salawat untuk Ku satu kali, Allah bersalawat kepadanya sepuluh kali, dan barangsiapa bersalawat sepuluh kali kepada ku, Allah akan bersalawat kepadanya sebanyak seratus kali. Dan barang siapa yang bersalawat kepada Ku seratus kali, maka Allah menulis di antara kedua-dua matanya kebebasan dari nifak dan kebebasan dari neraka. Pada hari kiamat orang itu akan ditempatkan bersama orang-orang yang mati syahid”. [Riwayat At-tabrani].

Bayangkanlah betapa beruntungnya orang yang mendapat ucapan salawat dari Allah Subhanahu Wataala disebabkan ia bersalawat kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.

Kedua: Bertaubat: Kita digalakkan untuk memperbanyakkan bertaubat pada bulan Rejab kerana bulan ini adalah bulan pengampunan.

Ketiga: Berpuasa: Kita Umat Islam digalakkan untuk banyak berpuasa pada bulan Rejab.

Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang diriwayatkan oleh Al-Baihaqi. Tafsirannya: “Sesungguhnya didalam syurga itu terdapat sebuah sungai yang disebutkan sungai Rejab, airnya lebih putih daripada susu dan lebih manis daripada madu, barangsiapa yang berpuasa satu hari pada bulan Rejab, Allah akan memberinya minum dari sungai itu”.

Keempat: Berdoa : Apabila berada di bulan Rejab, kita berharap agar sampai pula pada bulan Syaaban dan bulan Ramadhan. Bulan Ramadhan bulan yang dinanti-nanti oleh setiap orang Islam yang sentiasa merindui pahala besar.

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam apabila masuk ke bulan Rejab baginda berdoa dengan doa berikut: Maksudnya: “Ya Allah! Berkatilah kami pada bulan Rejab dan bulan Syaaban serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan.

Selain daripada itu banyak lagi ibadat-ibadat lain yang mempunyai banyak kelebihan untuk kita amalkan di bulan ini seperti bersedekah dan melakukan amal jariah yang lain. Allah Subhanahu Wataala membukakan pintu rahmat seluas-luasnya bagi mengampunkan dosa-dosa hamba-hambanya yang bertaubat, setiap permohonan kita kepada Allah Subhanahu Wataala pasti akan mendapat balasan jua dan jika kita mempraktikkannya insya-Allah pasti kita akan memperolehi kejayaan dan kebahagian di dunia dan di akhirat.

Firman Allah Subhanahu Wataala dalam surah At-Tahrim ayat 8:
Tafsirannya: “Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan bertaubat nasuha mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya