Saban hari kita melihat semakin ramai yang ingin mencuba nasib untuk memperolehi pendapatan di alam maya. Pelbagai cabang boleh kita ceburi dan antaranya adalah melalui blog.
Selamat sejahtera semua? Apa khabar? Saya alhamdulillah,
maaf kerana lambat update blog saya, ini disebabkan oleh beberapa masalah yang saya hadapi bersama beberapa blog saya yang lain.. Pening kepala tak boleh tidur! Hoho!
Pada hari ini, saya ingin mengajak anda, bagaimana dan apakah strategi anda untuk bermula menjadi blogger. Di kala ini, sejak ke’popular’an blog, malah di RTM sekalipun, telah mula melancarkan siaran untuk blog! Ini suatu yang baru bagi Malaysia..
TAPI, saya ada beberapa persoalan untuk anda :
- Apakah persediaan anda untuk menjadi seorang blogger?
- Apakah pantang larang untuk menjadi bloger (ada pantang larang)?
- Apakah perkara asas yang perlu anda tahu?
- Bagaimana hendak membina blog? (soalan femes ni)
- dan macam-macam lagi…..
Saban hari juga, kita dapat lihat puluhan ribu blog dibina. Ini menandakan blog telah menjadi platform yang sememangnya efektif dan efisien samada untuk perniagaan, politik, perihal peribadi, dan pelbagai lagi.
Timbulnya niat untuk membina blog sendiri kadang-kala membawa kepada masalah. Antaranya bagaimana hendak membina blog? Apakah langkah-langkahnya? . Dan adakah anda juga mengalami masalah sedemikian?
Perkara ini sebenarnya sudah menjadi normal bagi pencebur terbaru. Yang penting, anda perlu mencari panduan yang memberikan anda langkah demi langkah supaya anda tidak akan menghadapi sebarang kesilapan yang mungkin memudaratkan.
Ketahuilah blogging mampu memberikan anda keseronokan yang teramat tinggi dan jika dibuat dengan betul mampu menjana duit untuk anda.
Ketahui Dengan Lebih Lanjut Tentang strategi Asas Perniagaan Melalui Blog Di sini.
Salam blogging dari saya.



