Posts Tagged "pertandingan blog"

Alhamdulillah. akhirnya keputusan untuk pertandingan blog kepenggunaan telah keluar ! :) (klik gambar untuk besarkan) Aku telah mendapat tempat ke-3. Hadiah wang tunai RM1000 dan sijil penyertaan.

Dengan bermodalkan RM70 untuk hosting dan domain yang dibeli, aku sempat develop selama 3 hari blog ini sebelum tarikh tamat penyertaan. Insyallah, tahun depan akan aku sertai semula pertandingan hak penguna ni.

Bila keluar saja rresult tadi, aku terus lihat pemenang-pemenang lain dalam kategori yang sama dengan aku. Aku sempat jugak lah ushar-ushar blog dorang. Bagi tempat pertama, anda memang layak! (sebab saya malas) hehehe.. So, aku puas hati dengan keputusan juri hakim.

So, aku berterima kasih kepada pihak penganjur sebab sudah mula perasan mengenai kuasa blog pada pengaruh rakyat sekarang. aku suke dengan perkembangan ni. bak kata sifu Rohaizad, bloging itu cooool…. :)

p/s: aku ternanti-nanti pertandingan yang lain pula.


Alhamdulillah, senyum lebar hari ni ! :d sebab tadi baru dapat call dan email dari FOMCA. Aku salah sorang daripada pemenang untuk pertandingan blog kepenggunaan untuk Hari Pengguna Malaysia. Syukur atas kemenangan ini (lepas ni tunggu nasib untuk blog terengganu pulak). :)

So far, hasil kerja keras (padahal last minit) berhasil apabila menjadi pemenang untuk ni. Sejak blog ini dicipta telah menerima average 500-1000 unik visitor sehari dengan keyword google “hak pengguna”. Hasil usaha berhasil !

Hadiah akan disampaikan di Kolej Kejururawatan Masterskill Ipoh pada 31 Julai ni :) (30 Julai bertolak ke Ipoh tido hotel Hillcity). Tempat keberapa tak tau lagi, memang berdebar jugak ni. Tapi alhamdulillah, dapat jugak tempat untuk kategori blog IPT.

Terima kasih ye atas sokongan semua terutama mak,abah,keluarga,rakan-rakan..

p/s; alhamdulillah.. lepas ni nak cari lagi contest macam ni :d