Saya nak kongsikan satu lagi revolusi di internet yang kini bakal bersaing dengan nama-nama seperti Myspace, Facebook, dan juga laman-laman social web yang lain. Ya, namanya adalah Twitter. Saya dah lama juga join tapi baru saja nak beraktif-aktifkan diri dengan Twitter ni. Sebabnya adalah saya baru jumpa beberapa rahsia yang didedahkan oleh usahawan internet barat mengenai cara buat duit dan marketing melalui Twitter ni. Sebelum saya berkongsi lebih banyak, saya harap anda follow saya di Twitter.

Twitter

Saya harap anda follow saya dengan klik imej diatas.

Sebagai usahawan internet, Twitter akan menjadi salah satu kewajipan kerana ada banyak kelebihan bagi pengguna Twitter. Twitter menggunakan konsep ‘follow’ dan akan memaparkan mesej update di ruangan home laman anda. Oh.. macam mana saya nak cerita panjang lebar ya? Saya rasa lebih baik anda mendaftar terus di twitter.com.

apa yang anda perlu lakukan adalah, isikan maklumat anda, dan daftar percuma. Jika anda pernah mendaftar dengan friendster, myspace ataupun facebook, ia adalah sama sahaja. Apa yang melebihkan Twitter adalah proses pendaftarannya mudah sahaja :)

Kini saya nak ceritakan apa pentingnya Twitter kepada anda, usahawan internet.

Twitter

  1. Twitter menggunakan waktu sebenar. Anda hanya perlu setkan waktu Kuala Lumpur dan anda akan menerima update daripada siapa yang anda follow dengan pantas mengikut waktu yang sebenar. Sekarang ni, orang lebih suka buat update di Twitter berbanding menghantar broadcast email yang agak lambat untuk dilakukan.
  2. Dengan Twitter, anda boleh melakukan update melalui handphone anda. Sangat mengujakan! Perkara kedua yang hebat di internet adalah melalui komunikasi melalui IM (instant messaging) dan Twitter memberikan kemudahan IM ini melalui mobile. Anda boleh terus berikan update anda melalui handphone terus. Tak kira dimana anda berada (walaupun tak ada connection internet)
  3. Salah satu cara menarik trafik yang hebat! Bayangkan jika anda mempunyai 1000 follower dan anda menghantar link blog anda. Link blog anda tersebut akan disenaraikan di ‘board’ followers anda dengan cara ini. Tak perlu autoresponder pun tak apa dah. err.. kalau ada lagi bagus! hehe
  4. Disebabkan waktu yang digunakan Twitter adalah waktu yang sebenar, sangat berguna jika anda melakukan OTO. Anda boleh buat OTO ‘time sensitive’ dan lihat bagaimana kesannya. Anda juga sudah semestinya dapat mengikut OTO IM lain dan mendapatkan harga promosi tersebut :)

Ok, anda dah lihat banyak kebaikannya kan? Saya akan terus mengkaji Twitter ini dan akan berikan anda laporan demi laporan hasil kajian saya di blog ini bagaimana nak buat duit melalui Twitter. Saya yakin, pasti boleh! ;)

Anda tunggu apa lagi? Jika anda belum daftar Twitter, anda daftar sekarang dan jangan lupa follow saya di http://twitter.com/mohdhilmi

Tweet! Tweet! :)