Posts Tagged "Nota IM"

speed adsense se creative

Alhamdulillah, pada 8-9 Ogos (semalam) saya telah menghadiri satu seminar yang dianjurkan oleh Team Speed Adsense. Pengisian yang cukup hebat, dan juga matlamat saya bertemu dengan Internet Marketer yang lain telah tercapai. Ini merupakan ‘mini gathering’ bagi para IM Malaysia. :)

Ilmu yang disampaikan memang best la. part yang paling saya suke ialah meta marketing dan facebook ads. Cuma teknik yang di ajar ada yang dah di praktikkan dan ada yang belum. :)

Bagi yang menghadiri bukan sahaja dapat ilmu mengenai adsense, malah pada malam nye, saya dapat bertemu dan berkongsi pengalaman dengan IM yang lain. Untuk pengetahuan, saya merupakan teman sebilik dengan Titan. Dia nampak je garang, padahal.. owww.. (ops! jangan marah aaaa..) padahal pemalu.. :)

Dapat sebilik dengan Titan memang habis digunakan untuk mengcungkil rahsia Widgetbuck, bidvertiser dia.. heheh.. dapat jugak. Thank Titan.. Titan, pasni kita team mate la buat IM, kita korek habis income dengan widgetbuck.. Jom!

Thank kepada tenaga pengajar, Abu Hanis, Mr XXX, Richuan, Fuad Latif, Yusry, dan juga Syed Ikhwan. Memang best, overall boleh bagi rating 4.5/5 .. (o.5 sebab internet connection masalah hotel bagi) hehe..


banyak yang SPAM blog saya ni sejak ia menjadi blog dofollow.. Nasib baik ada SpamKarma.

Alhamdulillah, sejak saya berjaya tukar attribute blog wordpress saya ni ke dofollow, semakin meningkat backlink dan rank saya dalam search engine. Cuma apa yang mengecewakan, SPAM word atau komen berunsur spam pun banyak masuk dalam blog saya ni. Nasib baik ada plugin SpamKarma2, dapat bantu saya membenteras, kalau tak, jenuh tangan mendelete nya. :)

Mungkin ramai lagi yang tak tahu, apa pentingnya blog kita menjadi dofollow kan ? Jadi, saya akan cerita serba sedikit mengenai dofollow, dan saya akan buat 1 entri khas utk dofollow ini.

Blog yang dibina menggunakan blogger dan wordpress pada asalnya menggunakan attribute NoFollow. NoFollow bermaksud crawler dari search engine seperti Google dan Yahoo tidak akan “follow” atau “ikut” external link yang terdapat dalam blog contohnya pada bahagian main page dan comment.

Manakala DoFollow pula bermaksud blog itu tidak menggunakan attribute nofollow. Bila mana anda meninggalkan komen di blog dofollow beserta link kepada blog anda, anda akan mendapat backlinks secara percuma. Lagi banyak komen, lagi banyak backlinks, dan kemungkinan besar PageRank/PR blog anda juga akan meningkat dengan cepat.

Jika anda mempunyai blog yang popular dengan jumlah komen yang banyak, maka dengan menjadikan blog anda sebagai dofollow anda dapat memberi backlinks percuma kepada mereka sebagai ganjaran.

p/s : Faham tak? ok, untuk entri seterusnya, saya akan ceritakan bagaimana anda boleh jadikan blog anda juga sebagai dofollow ya :)


Cabaran SEO WangCyber 1430H/2009 – Hadiah Sebanyak RM1234 Untuk Dimenangi oleh semua peserta!!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera! :) Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua Ahli WangCyber.com yang dikasihi sekalian. Setelah hampir beberapa ketika menunggu, maka hari ini adalah hari yang dinanti-nantikan oleh semua. Pada hari ini akan bermulalah!!

Setelah hampir sekian lama tiada cabaran yang mencabar minda dan menguji kesabaran, maka pada kali ini, boleh lah anda melepaskan perasaan dendam kesumat itu.

CABARAN SEO WC kali ini bersempena menyambut ketibaan tahun baru Hijrah 1430 dan juga tahun baru 2009. Semoga tahun baru pada kali ini, kita berjaya dengan lebih cemerlang lagi dari tahun-tahun sebelumnya.

Tujuan Cabaran ini diadakan adalah untuk menambahkan ilmu SEO disamping mempelajari teknik2 yang baru dan mempraktikkannya disamping menjana wang secara Online

Cabaran Kali ini menawarkan hadiah berjumlah RM1234.00 keseluruhannya.

Proudly Sponsored By:

Sememangnya, pada kali ini ia telah menunjukkan kelainan, yang mana saya sendiri salah seorang daripada sponsor melalui produk JomSMS.net dan saya juga turut mengambil bahagian :)

Tujuan utama saya memasuki ialah sebab ianya mempertandingkan keyword yang agak baik dan juga mempunyai nilai dan CPC yang agak tinggi!! :) Ini bukan sahaja untuk matlamat pertandingan, malah baik juga untuk adsense dan juga affliates anda nanti :)

Nampaknya, saya tidak berpeluang review banyak sangat, saya perlu optimise web saya secepat yang mungkin.. hohoho!!


Saban hari kita melihat semakin ramai yang ingin mencuba nasib untuk memperolehi pendapatan di alam maya. Pelbagai cabang boleh kita ceburi dan antaranya adalah melalui blog.

Selamat sejahtera semua? Apa khabar? Saya alhamdulillah, :) maaf kerana lambat update blog saya, ini disebabkan oleh beberapa masalah yang saya hadapi bersama beberapa blog saya yang lain.. Pening kepala tak boleh tidur! Hoho!

Pada hari ini, saya ingin mengajak anda, bagaimana dan apakah strategi anda untuk bermula menjadi blogger. Di kala ini, sejak ke’popular’an blog, malah di RTM sekalipun, telah mula melancarkan siaran untuk blog! Ini suatu yang baru bagi Malaysia..

TAPI, saya ada beberapa persoalan untuk anda :

  1. Apakah persediaan anda untuk menjadi seorang blogger?
  2. Apakah pantang larang untuk menjadi bloger (ada pantang larang)?
  3. Apakah perkara asas yang perlu anda tahu?
  4. Bagaimana hendak membina blog? (soalan femes ni)
  5. dan macam-macam lagi…..

Saban hari juga, kita dapat lihat puluhan ribu blog dibina. Ini menandakan blog telah menjadi platform yang sememangnya efektif dan efisien samada untuk perniagaan, politik, perihal peribadi, dan pelbagai lagi.

Timbulnya niat untuk membina blog sendiri kadang-kala membawa kepada masalah. Antaranya bagaimana hendak membina blog? Apakah langkah-langkahnya? . Dan adakah anda juga mengalami masalah sedemikian?

Perkara ini sebenarnya sudah menjadi normal bagi pencebur terbaru. Yang penting, anda perlu mencari panduan yang memberikan anda langkah demi langkah supaya anda tidak akan menghadapi sebarang kesilapan yang mungkin memudaratkan.

Ketahuilah blogging mampu memberikan anda keseronokan yang teramat tinggi dan jika dibuat dengan betul mampu menjana duit untuk anda.

Ketahui Dengan Lebih Lanjut Tentang strategi Asas Perniagaan Melalui Blog Di sini.

Salam blogging dari saya.


Assalamualaikum dan selamat sejahtera! Alhamdulillah, setelah hampir sebulan tertangguh, akhirnya JomSMS.net ini telah saya jadikan sebagai bonus akhir tahun daripada saya untuk semua! Walaupun bagi saya ianya tidak masuk akal, sebagai bonus akhir tahun ini, saya jadikannya sebagai satu bonus paling besar dari saya. :)

Apa itu JomSMS.net ini ??

SMS/MMS Bulk adalah merupakan satu sistem yang sangat mudah digunakan untuk menghantar SMS atau MMS kepada lebih 500 penerima sekaligus dengan hanya satu klik sahaja. Lebih 97.6% penerima akan menerima sms anda dalam masa kurang dari 10 saat sahaja.

Anda tidak perlu menghantarnya secara manual dengan menggunakan telefon bimbit anda, apa yang anda perlu lakukan hanya menggunakan internet, login ke laman web sistem SMS/MMS Bulk ini dan hantar kepada lebih 500 penerima hanya dengan 1 klik sahaja.

Anda juga tidak perlu bersusah payah memikirkan cara untuk install apa-apa software mahupun memahami apa-apa script untuk menggunakan Sistem SMS/MMS Bulk ini kerana sistem ini sudah siap untuk anda gunakan serta merta setelah anda membayar untuk Sistem ini.

Apa Fungsi JomSMS.net

1.SMS Branding (Guna nama anda sebagai ID penghantar);
2.SMS Delivery report;
3.Personalized SMS;
4.Multilanguage SMS (Chinese text, Arabic …);
5.Send Long SMS (lebih 160 patah perkataan);
6.Send MMS;
7.Send Business Card;
8.Send Flash SMS / Blinking SMS;
9.SMS Reminder / Scheduler;
10.Personal Phone book;
11.SMS Status report and campaign report;
12.Mobile number grabber (Software mengumpul nombor telefon)
13.Text2Speech(Tukar ayat ke suara menggunakan MMS-WAP Push)
14.Character counter;
15.Tidak menggunakan software dan mudah dikendalikan.
16.3 Ways SMS System (Auto reply + Biz Card + SMS to Person in charge) *** External Service

WOW!! banyak keistimewaannya! Dan rakai telah akui ianya merupakan ‘harga terendah’ yang pernah mereka jumpe! saya ada buktinya, ini dari salah satu Forum Internet Malaysia.


Asalam & Selamat sejahtera!

Apa khabar anda disana? pada hari ini, saya akan memberikan anda satu panduan PERCUMA khas buat anda semua!

Panduan Twitter ini telah ramai membantu otai-otai IM di Malaysia ini malah di dunia! saya juga turut merasai kelebihan dan kebaikannya! jadi, apa salahnya jika saya berkongsi kepada anda semua sebagai tanda terima kasih saya anda sanggup melawat blog saya ini :)

Klik gambar e-book di atas utk follow saya di twitter

bukan itu sahaja! anda juga diberikan MRR (Master Resell Right) kepada panduan PERCUMA ini, bermakna anda boleh buat apa sahaja kepada panduan ini termasuk memberikannya percuma kepada orang lain sebagaimana yang saya buat sekarang!

Klik disini utk download : Download PERCUMA

p/s: apa pendapat anda mengenai twitter?? :)