Posts Tagged "Motivasi Diri"

Adakah kita hidup di dunia ini sebagai tuan atau hamba bagi minda kita?

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua! :) Apa khabar? Saya luar biasa bagus (ungkapan yang sering saya ucapkan)

Topik saya pada hari ini merupakan satu persoalan yang teah di ajukan oleh kawan saya ketika saya sedang mendengar kelas insuran MAA pada hari semalam.. kawan saya ni bertanya kepada saya untuk saya renung-renungkan..  Adakah kita hidup di dunia ini sebagai tuan atau hamba bagi minda kita?

Apabila saya memikirkan, kebanyakkan daripada kita termasuk saya sendiri (mengaku saya) merupakan hamba kepada minda kita! ya, apa yang saya katakan ni mungkin tidak logik, yelah kita sudah merdeka sejak 1957, mana mungkin kita di jajah.. MEMANG BETUL TETAPI kita perlu beringat, kita telah dijajah minda kita!

Bagi diri saya, saya katakan saya dijajah apabila saya asyik atau terlalu mengikut kata minda saya yang mahukan itu, mahukan ini, mahukan semuanya! tetapi apabila mendapat sesuatu saya leka dan tidak mengamalkan apa yang saya perolehi :( 1 kesedihan bagi diri saya!

Renungkan kembali dalam diri kita semua, sampai bila kita mahu dijajah oleh minda kita? macam mana kita nak mencapai Financial Freedom yang kita ingin-inginkan jika kita masih dijajah?

Apabila saya fikirkan semula, memang benar.. Azam saya, saya ingin keluar daripada ‘kepompong’ masalah ini dan jadikan nasihat dan kata-kata rakan saya sebagai semangat saya menempuhi segala. Terima kasih kepada kawan saya tersebut kerana menyedarkan saya.

p/s: saya kongsikan persalan ini kepada anda, untuk kita sama-sama rungkai persoalan tersebut.


Ijazah terbaik datangnya dari jalanan… dari pengalaman bercakap dan bersalaman…

Assalam dan selamat sejahtera semua, apa khabar? saya mahukan anda semua menawab ‘luar biasa bagus dan hebat sekali!!’ :)

Jika kita perhatikan tajuk pada kali ini, lebih berkisar tentang motivasi diri, bagaimana kita menilai dan ‘memberi’ ijazah pada diri sendiri.. Apabila kita sebut tentang ijazah, sudah tentu majlis konvokesyen menjadi tanggapan pertama kita. Bagi saya, ijazah bukan hanya datang daripada majlis konvo sahaja, ijazah akan hadir dalam hidup kita apabila kita melakukan dan mempraktikkan dan memyebar sesuatu ilmu yang kita ada kepada semua orang yang memerlukan. Saya masih teringat kata-kata seorang pak cik, tatkala saya sedang duduk menunggu bas untuk pulang ke rumah di Muar. Saya akan tuliskan dialog saya bersama pakcik tersebut.

Pakcik : anak ni belajar lagi ker? Kat mana?

Saya : ye, saya masih belajar lagi.. ni pon baru lepas tuisyen. saya belajar di SMK Tengku Mahmud Iskandar. Tahun ni saya amek SPM.

Pakcik : kenapa mesti belajar tuisyen? kat sekolah tak cukup ke ilmunya?

saya : saya rasa cukup, cuma nak mantapkan jer pakcik..

pakcik : ooo. baguslah.. tapi pakcik nak pesan, pakcik tak pernah pon pergi sekolah, tapi pakcik tahu membaca, tahu mengira, dan tahu kemahiran yang asas-asas ni nak. zaman pakcik nak sekolah mana ada duit macam orang sekarang.

saya : wah.. pakcik belajar dengan sape? tak kan lah pakcik tahu sendiri

pakcik : pak cik hanya belajar dengan jalanan je nak.. ni semua ijazah jalanan. pengalaman jek jadi panduan hidup pakcik :)

saya : oo.. terima kasih pakcik, bas pon dah sampai ni, saya pergi dulu (hebat pakcik ni.. mendalam maksud nya)

Kesimpulannya, ilmu berada dimana-mana saja, bukan hanya di sekolah,universiti,kolej sahaja tempat kita menuntut ilmu,cuba bayangkan, jika kita beri peluang pada pakcik tadi masuk ke sekolah, agak-agaklah kan.. dah tentu pakcik ni akan jadi lebih dari apa yang dia ada sekarang :) Pengalaman hidup merupakan satu ijazah jalanan yang paling berharga dalam hidup kita ;)

apa pendapat anda?