Posts Tagged "maktab perguruan"

Salam sejahtera semua ! Aku share kan hari ini ialah bagaimana nak daftar Kursus Perguruan Lepas SPM (KPLSPM) bagi ambilan 2011.  Pada tahun lepas juga, seperti biasa memang aku ada share kan cara untuk mendaftar dan menyemak keputusan KPLSPM .
Kursus Perguruan Lepas Sijil Pelajaran Malaysia (KPLSPM) Ambilan Jun 2011 di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia akan mula dibuka hari ini, 7 Mac 2011. Para lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam dipelawa untuk memohon program perguruan yang ditawarkan.

Permohonan untuk ke Institut Pendidikan Guru atau dulu dikenali sebagai Maktab Perguruan memang dinanti-nantikan oleh mereka yang berminat untuk menjadi guru. Tahun ini permohonan dibuka sebulan lewat berbanding tahun lepas.

Teruskan membaca sehingga habis supaya korang faham isi maklumat post ini mengenai cara pendaftaran,syarat-syarat dan tarikh-tarikh penting.

Sambung baca lagi baiiii »


Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera! Apa khabar anda semua? sihat tak? ha.. hari ni saya nak berseloroh tentang merdeka ni.. haha :)

Untuk pengetahuan semua, pada hari ini, 25 Ogos 2008, saya bersama-sama rakan-rakan dari Institut Perguruan Raja Melewar akan pergi menyertai koir peringkat kebangsaan… Wah! macam best jek! ;)

Kami seramai 140 orang dengan menaiki bas institut sebanyak 3 bas (2 bas air cond & 1 bas TATA). sape tau bas TATA?? ha.. cari sendiri k.

Sebelum bertolak, kami di beri taklimat oleh pensyarah pengiring iaitu En.Rahim. Kami diberikan taklimat ringkas selama setangah jam. Kami bertolak ke Putrajaya  (kediaman sementara bagi 2300 peserta koir kebangsaan) jam 10.30 pagi. Tetapi malangnya, perjalanan yang hanya mengambil masa sejam dah menjadi 2 jam setengah kerana kami tersangkut dengan traffic jam! apaka daya :(

Akhirnya, kami sampai juga di Putrajaya jam 12.30. Kami diberikan tempat tinggal.. Memang masyuk!

Ok lah, sampai di sini saja, esok saya akan sambung lagi. wasalam…..