
Salam sejahtera, saya ingin memberitahu rakan-rakan semua, bahawa saya akan offline bermula 5 Disember kerana bercuti bersama keluarga
5 Disember saya akan ke Genting Highland, dan pada 6 Disember saya akan terus ke Kota Bharu selama seminggu (atau lebih). Jadi buat rakan-rakan yang menghantar PM di forum-forum, email, support ticket , saya mohon maaf, kerana saya akan menjawab selepas tarikh tersebut (balik dari bercuti).
Harap Maklum.
p/s: doakan perjalanan kami diberkati

Alhamdulillah, seronok rasanya apabila baru 1st time jejak kaki kat Genting Highland! Terasa nyaman (masa kat bawah je) dan terasa serabut sikit bila dah sampai atas (banyak sangat game nak main!)
Memang pengalaman yang hebat bila dapat naik Cable Car. terasa ’sejuk’ jer (korang rasalah sendiri yer).. tapi memang kagum denga ciptaan tu, (rasa was-was jugak, takut2 putus ke kabel) macam-macam main kat taman tema tu, terasa lenguh sangat kaki nie, ada indoor game dan outdoor game. Indoor game tak sempat nak main habis.
Then petang pula, jadual dipenuhi dengan trip ke taman strawberry,grape dan blueberry ! Fuh!! sedap beb! Perjalanan naik bas, tak la penat sangat. mana tak nye, masuk je bas apalagi, terus tido
Takpelah, saya attach kan beberapa image daripada ratusan image yang di-snap!

...depan bas double decker!! (keropok)

..gaya seorang pemandu juara..

..muke cover depan ladang

p/s: muke cover jek.. haha