Apa khabar orang kampong? Haaa.. Demam ke? Semua nak demam ni, alhamdulillah aku tak demam lagi. FIFA ? aku tak demam, sebab rumah aku tak de astro nak tengok! muhahahaha :)

Almaklumlah, RTM yang jadi penyiar utama FIFA negara pon tak nak tayangkan FIFA yang live, asyik duk tunda je (kena la aku ngadap web FIFA tiap-tiap masa nak tau live skor FIFA)

Nie aku nak tanye, korang perasan tak mase FIFA 2010 ni, ada benda memekak macam bunyi lebah? Haa, benda tu namanya vuvuzela. NI aku bagi sikit detail secara skema mengenai binatang ni .

Vuvuzela meruoakan sejenis trumpet plastik yang terkenal bising semasa Piala Dunia FIFA di Afrika Selatan pada Jun 2010. Panjangnya 3 kaki.Ramai penonton membeli vuvuzela dan menggunakannya ketika berada di dalam stadium . Alat muzik ini pernah cuba dihalang oleh penganjur perlawanan. Namun begitu akhirnya ia tidak disekat kerana menjadi sumber pendapatan, tarikan pelancong dan sauvenir .Malahan Putera William dari Britain yang menonton perlawanan bola sepak turut berminat menggunakan vuvuzela.
Sambung baca lagi baiiii »