
SIGNAL . 1 perkataan yang simple, 1 peraturan yang simple. Tapi bukan semua orang akan memahami kebaikan lampu signal. Post ini, bagi mengucapkan terima kasih kepada dua orang rakan, lelaki belalang dan mas joko.
Pagi tadi selepas sahur, baru aku ‘mengerti’ kenapa ada signal di motor. Selama ni aku pon guna signal, (kadang2 terlepas jugak tak guna) tapi kali ni, aku terbaring di katil memikirkan SIGNAL. Aku bersyukur, aku masih lagi sempat untuk update blog ini untuk kali ni gara-gara signal.
Signal motor, walaupon kedudukannye kecik je di bahagian motor tapi ianya amat lah penting untuk keselamatan sepertimana pentingnya brek motor untuk keselamatan. Kejadian sahur tadi memang betul-betul memberi pengajaran. Membelok tanpa signal dan memotong tanpa signal boleh membawa padah ! (jangan ditanya siapa yang bersalah).
Memandangkan aku ni sukalah sangat kulukilir, jadi biasalah akan terjumpa dengan beberapa jenis pemandu di jalan raya antaranya dalam kes aku ni (korang pon ada yang sama kot):
Pemandu yang malas nak beri signal membelok. Ok, aku pun guilty juga part ni, tapi, biasanya aku tak beri signal jika tiada kereta/motor di belakang ataupun kereta di belakang berjarak dengan motor/kereta aku (alasan!). Tapi, ada juga sesetengah orang yang tidak memberi signal apabila ada kenderaan, dan hanya memberi signal apabila tiada kenderaan.
Nasihat aku kepada semua, gunakanlah signal dengan betul. Semua orang ada signal. Signal satu peraturan manusia untuk manusia dan juga peraturan Allah kepada manusia.



One Response