penat tapi berbaloi..

fuh.. hari ni memang hari yang penat bagi aku.. yela, ada 4 tempahan laman web yang terpaksa aku siapkan.. ditambah pulak dengan minggu exam aku di Institut Perguruan Raja Melewar..
macam apa yang korang baca di tajuk atas ni.. walaupun hidup aku kini penat dengan pelbagai tempahan.. tapi apa yang aku ingin katakan.. memang berbaloi bila aku dapat tengok muka-muka atau reaksi pelanggan aku yang puas hati dengan hasil kerjaku.. Itu yang lebih penting sebenarnya.. ye tak?
mana tak nya, aku hanya mampu siapkan 1 website selama seminggu termasuklah, dengan design nya sekali. memang memenatkan ialah bahagian design, sebab apa? sebab kreatif!! ye, otak nak kena kreatif bila kita main dengan design ni. alhamdulillah, pada bulan ni, aku dapat 4 tempahan website termasuklah daripada sekolah lama ku sendiri
hohoho!
sebelum tu, aku ingin mintak maaf, jika blog ni lama tak update, bukan aku sengaja, tapi masih banyak komitmen lain yang ingin aku segerakan.. baiklah, kat sini aku listkan laman web yang sudah siap dan hampir siap di kerjakan oleh ku selama sebulan ni.. korang nilai lah sendiri yerk
- Komuniti Bakal Guru - www.BakalGuru.com
- Forum Rasmi Komuniti Bakal Guru - www.bakalguru.com/forum
- SMK Tengku Mahmud Iskandar (sekolah lama ku) - www.smktmi.com
- Forum rasmi SMK Tengku Mahmud Iskandar - www.smktmi.com/forum
- Jom SMS (sistem SMS bulk) - www.jomsms.net
ni jela yang sempat aku tunjukkan.. ada lagi yang lain.. tapi nanti-nanti lah yek.. bukan tak nak tunjuk, tapi baru progress 10% takkan aku nak tunjuk.. yang kat atas tu, laman web sekolah tuh pon, lom siap lagi sebenarnya..
akhir sekali, aku nak bertanya kat korang, agak-agak berbaloi tak korang belajar pandai-pandai then dapat masuk Universiti?? ada jawapan, sila isi di ruangan komen di bawah ni.. :p





