
..adakala, kita yang atas tetap memerlukan yang bawah, kerana yang bawah itu akar , kita di atas hanya pucuk…. renungkanlah…
Alhamdulillah, akhirnya masalah yang saya hadapi selama 4 hari ini telah selesai, MASALAH APA? haa, ni saya nak story sket pasal ‘service after sale’ yang amat-amat-amat baik yang telah ditunjukkan oleh satu company ini dalam mengendalikan masalah saya sebagai pelanggannya.
Pada 4 hari yang lepas, laman rasmi ini, telah diserang penyakit teknikal yang mana saya sendiri pun tak pasti, kerana bab-bab coding WordPress ini bukan bidang saya sepenuhnya
(tak macam member saya wgn_white, dia memang expert) , jangan marah wgn_white! wgn_white dah banyak tolong saya, memang best! sape nak dapatkan service coding WP, boleh contact beliau.
Ok saya teruskan, off topic plak tadi,. sebenarnya masalah yang saya hadapi ialah :
- Kategori dalam blog hilang
- Ruangan komen tidak dapat digunakan
Pada kedua-dua masalah diatas telah dapat disempurnakan oleh pihak hosting, saya menggunakan hosting oleh saudara Tengku Zahasman iaitu Namsahaz. Untuk pengetahuan rakan sekalian, support atau ‘SERVICE AFTER SALES’ oleh pihak Namsahaz memang tip-top, saya ni pelanggan yang cerewet tapi pihak Nmasahaz sanggup melayani kehendak saya, ini yang saya katakan dalam perniagaan ‘hubungan dengan pelanggan’ amat penting, penjual bukan sahaja bermanis kata ketika mempromosi tetapi mereka juga bermanis kata setelah mendapat jualan! Tidak hairan lah, saya telah menggunakan service Namsahaz selama 4 tahun!
Saya berasa cukup puas hati dengan service Nmasahaz, alhamdulillah, saya tidak kehilangan blog kesayangan saya ini.
p/s: sampai satu tahap, kita tidak perlu mempromosi produk kita lagi kerana service after sale yang hebat sudah membuatkan pelanggan yang datang mencari kita. Apa pendapat anda? Sila komen untuk berkongsi cerita



No Responses