Terima kasih kerana mengajar kami adjad dan angka.. Ketahuilah, aku masih menggunakannya sehingga saat post ini ditulis!

Weh.. Korang sedar tak hari ni bape haribulan? 16 Mei beb!! (bukan besday aku).. kalau korang ni pernah bersekolah dulu, mesti korang akan sambut Haru Guru punye! Mesti akan beli hadiah untuk cikgu-cikgu korang yang coool macam aku kan? muahahah.. :)

Pernah seorang cikgu bagitau aku, lebih kurang la ye bunyinya :

Bukan kehendak seorang guru untuk menerima sejambak bunga sempena hari guru, bukan kehendak guru juga untuk menerima hadiah berbentuk material.. bukan kerna guru itu sombong atau banyak gajinya… bukan A’ yang diingini, bukan nombor satu yang dipinta… cukuplah sekiranya semua muridnya berjaya menjadi seorang insan.. itulah hadiah paling bernilai buat seorang guru.

Haa.. satu lagi, kalau korang semua perasan la, sejak jam 12 a.m, 16 Mei. Google Malaysia pon sambut Hari Guru tau! Cuba la korang bukak search google, mesti korang akan nampak logo Google tu ada warna warni sikit. Ni aku tepek ScreenShot :

Belum lambat lagi wei korang nak wish Hari Guru kat cikgu2 korang tu. Semua orang yang ‘mengajar’ korang ialah guru. Tak kisah la apa-apa bidang pon.

p/s: jadilah insan yang sentiasa bersyukur.. Ni aku nak tanya, korang dah wish lom?


Related Posts with Thumbnails