
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Maaf ye, jika dah lama saya tak update blog ni, dekat 2 minggu dah ni
Memang bulan ni, akan saya gelar sebagai ‘bulan penat tapi berbaloi’.
Penat Tapi Berbaloi. Sedap gak ayat ni. hehe… tapi memang penat saya bulan ni, di mana tempahan laman web datang secara tak disangka-sangka. alhamdulillah, rezeki yang tak disangka-sangka..saya bersyukur. Pada kali ini, saya terpaksa menjalankan kerja web ini secara outsource, dimana segala kerja grafik, telah saya serahkan pada member lain. Ini bagi menjimatkan masa saya, TETAPI walaupun design dilakukan oleh individu lain, tapi QC (QUALITY CONTROL) tetap dilakukan oleh saya. Ini bagi memastikan kualiti berada pada tahap atas 90%.
Bagi saya, kerja bukan nak cepat siap tapi kualiti. Disamping itu, kita juga kena jaga masa, urus masa dengan betul supaya projek siap pada masa yang dipersetujui. Apa yang dapat saya katakan, semua kerja yang kita lakukan bukan mudah, TAPI akan jadi mudah apabila kita lakukan secara sistematik!
Pada minggu lepas, saya tertarik dengan keyword carian google ‘smk tengku mahmud iskandar’ salah seorang guru baru (Cikgu Maisarah) telah mendapat tempat top 10 juga. Wah! lantas, saya pon terus meninjau-ninjau blog nya.. hehehe.. macam-macam yang beliau tulis, tertarik pulak hati ni nak kenal dengan lebih lanjut.. Pada minggu lepas, hari Khamis (19/11/08) saya telah terserempak dengan beliau di pejabat sekolah.. heheh.. ketika itu, saya sedang berjumpa pengetua sekolah untuk laman web www.smktmi.com yang sedang saya bina.
Ok lah, nampak nya kesibukan mencemburui saya (sebenarnya jadual saya) telah sampai, saya kena undur diri dulu untuk entri pada kali ini. Sebab masih ada 3 lagi laman web yang perlu saya siapkan pada kali ini.
Alhamdulillah, hasil kualiti kerja saya mula membuahkan hasil. Ibarat kata pepatah “tanam sebutir padi kita akan dapat 700 biji padi yang boleh menjadi beras”
Apa maksudnya?? Lu Pikirlah Sendiri.. Assalamualikum…



No Responses