
Saya ON AIR di radio Melaka FM pada 29/12/2008 (1 Muraham 1430) jam 11.45 pagi
Alhamdulillah.. akhirya dapat juga saya ON AIR bersama radio Melaka FM. Tujuan saya ON AIR di radio Melaka FM pada kali ini ialah sebagai tujuan promosi untuk susu alpha lipid yang mana saya sebagai stokis di Daerah Ledang, Johor.
Setelah berjaya dengan pengiklanan online, kini saya cuba pula melalui pengiklanan offline. Pada sebelum ini, sayajuga telah mencuba pengiklanan offline (brosur,cakap mulut) yang mana membuahkan hasil juga. Jadi, saya ingin beralih angin dengan pengiklanan di radio yang mana mempunyai ribuan pendengar pada satu-satu masa.
Tidak dinafikan, pengiklanan di radio juga mempunyai kelemahannya, sebagai ‘orang yang bertindak‘ kita mesti menghadapi risiko!
ohoho!!
Usahawan mesti bijak mengambil risiko, walau apa pun yang dihadapi. Ini semua cabaran dalam perniagaan. Walaupun saya dikenali dalam dunia IM, kini saya melakukan kedua-dua.. IM dan penjualan produk fizikal. Ini pasti menyeronokkan!
Bagi saya, PENGIKLANAN adalah kunci kejayaan dalam sesebuah organisasi perniagaan. Cuba kita renungkan kembali, mengapa syarikat gergasi Celcom,Maxis,Digi, KFC tetap melakukan pengiklanan walaupun mereka sudah berjaya?? Ini semua kuasa pengguna.
Sebelum berundur, saya ada soalan cepu emas.. (boleh jawab di bahagian komen) mengapa anda memakai name tag?



No Responses