Assalamualaikum wbt, pada minggu ini aku mencatatkan rekod sendiri aku dengan pembelian terbesar dalam hidup aku (ketika ini) dengan pembelian produk kalis inflasi iaitu emas,perak,dirham dan daniq.

Tidak aku nafikan, aku telah dipengaruhi oleh kenaikan mendadak harga emas semasa pada minggu ini yang telah mencecah hampir $1800 per oz. Dan sebab selebihnya, sila baca entri aku yang bertajuk “5 sebab kenapa anda perlu membeli emas” .

Ini juga di bantu oleh krisis kewangan yang dihadapi di US dan eropah. Dan perak yang menunjukkan harga rendah menjadikan aku membeli emas dan perak. Tidak juga aku lupa untuk berbakti kepada agama dengan niat berdakwah membeli matawang Islam iaitu Dirham dan Daniq.

Disini aku sajikan gambar produk yang telah berjaya aku beli dan simpan dengan rapi di peti keselamatan :) . Bukan niat mahu menunjuk-nujuk tetapi untuk pembakar semangat buat rakan-rakan yang masih teragak-agak dengan potensi emas dan perak ini.

Sambung baca lagi baiiii »


Emas semakin mendapat tempat di mata masyarakat sekarang. Ini kerana harganya yang mula menggila sejak bulan ogos 2011 ini menjadikan sesiapa yang memilikinya tersenyuuuum sorang-sorang.. dan sesiapa yang teragak-agak untuk memilikinya serba salah dek kerana harganya yang menggila naik mendadak akhir-akhir ini. :)

“Mengapa kita perlu menyimpan emas?”

Owh sudah tentu jawapan utamanya ialah KEUNTUNGAN! Lihat prestasi harga emas sepanjang 10 tahun ini;

 http://www.kitco.com/charts/popup/au3650nyb.html

Ok, saya kongsikan 5 sebab kenapa;

1. Emas ialah kekayaan yang sebenarnya

Sejak dari dulu lagi emas menjadi simbol kekayaan hinggalah zaman sekarang. Selain itu juga emas tidak boleh dibinasakan. Sesuatu benda yang menjadi penyimpan kekayaan mestilah mempunyai sifat tidak boleh dibinasakan.
Sebab itu makanan, haiwan dan tumbuh-tumbuhan tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan. Ini kerana di dalam
jangka masa panjang kesemua benda tersebut akan binasa. Sesuatu benda yang boleh dibinasakan dengan mudah tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan yang terunggul.

Sambung baca lagi baiiii »


Pada hari ini, aku ingin share 1 video yang akan menerangkan mengenai keadaan ekonomi yang bakal berlaku jika dunia terus menerus berada dalam krisis matawang ! Ini bukan hal kecik, pasal duit sanggup bergaduh bergadai ber……

KESAN krisis ekonomi global terhadap pertumbuhan perdagangan Malaysia hanya akan diketahui dalam tempoh dua atau tiga bulan lagi, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (MITI) Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Layan sikit sumber daripada Berita Harian >> http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Krisisekonomiglobaldorongpelaburpilihemas/Article


Alhamdulilah, setelah blog Mohd Hilmi ini di hackers selama hampir 2 bulan (cube korang tengok last post aku ialah 16 Jun 2011, aku kena hack pada 17 Jun 2011) . Blog ini berjaya diselamatkan dan dipulihkan. Habis database aku digodek-godek oleh mereka yang kuang ajo tu!  dan theme wp aku diubah-ubah.. mcm !@#$%%  . Yang aku tau, blog kerajaan je yang di godam ni. Aku tak de kene mengena dengan kerajaan kot.

Nasib baik aku ada 3 orang rakan Pro Blogger yang membantu, mereka ialah saudara Richie, Fakhri, dan Aniki Eddie. Terima kasih tak terhingga kepada mereka bertiga yang membantu aku dalam memulihkan kembali blog kesayangan aku ini yang telah berusia 8 tahun !

Hampir 2 bulan aku stop blogging disebabkan masalah ini. Income adverlets, nuffnang aku habis terjejas. Habis sumber pembayar bil broadband aku selama 2 bulan ni. Dan paling menyedihkan, Page Rank aku turut jatuh dari PR3 ke PR1.

Kesimpulannya, ini satu pengajaran buat aku juga supaya menjadikan ‘backup database’ sebagai satu rutin mingguan/bulanan. Sebelum ni, aku backup cuma setahun sekali. hohoho! :)


Sejak 1-2 hari ni, aku sering terdengar berita laman-laman web di godam, tak faham? hacked paham !

Dorang beri warning sehari sebelum melalui video youtube. Sini aku share :


Ya, beberapa laman web telah digodam oleh beberapa individu tak dikenali. mereka semua mensasarkan laman-laman web milik kerajaan. kalau nak cerita pasal hack, aku memang ada pengalaman di hack dan menghack kembali !

Ini aku berikan beberapa senarai laman web yang telah di hack. ni bukan aku yang list, orang lain. Aku cilok dari FB rakan aku.

Sambung baca lagi baiiii »


Semakan tawaran ke Tingkatan 6 Bawah bagi tahun 2011 mulai 2 Mei 2011. Buat masa ini tiada maklumat mengenai syarat tersebut dikeluarkan tetapi anda boleh rujuk Syarat Kelayakan Masuk Ke Tingkatan 6 tahun lepas sebagai panduan umum.

Semakan Tawaran Tingkatan 6

Semakan ke Tingkatan 6 ini boleh dibuat dengan dua cara iaitu;

  1. Melalui laman web KPM di Semakan Tawaran Tingkatan 6 2011.
  2. Secara sms dalam format MOE<jarak>T6<jarak>No.MyKad dan hantar kepada 15888.

Sambung baca lagi baiiii »