Panduan ClickBank dilancarkan!

Sila Klik Sini bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark

       Assalam dan selamat sejahtera semua! :) Hari yang indah…

Pada hari ini, salah seorang rakan saya, iaitu saudara Faisal Isa a.k.a Fai. Beliau ada memberitahu saya mengenai ‘penemuan terbaru’ beliau mengenai Click Bank! Nak tahu apa itu click bank? Ikuti percakapannya, di sini.!

Pada bulan April 2008 yang lalu, satu berita yang agak menggemparkan industri perniagaan internet di Malaysia telah bertiup dengan sangat kencang dan hampir menyebabkan fenomena tsunami di dunia internet. Berita ini juga telah membuat ramai orang di Malaysia ini tersenyum lebar termasuklah anda semua.

Berita yang bertiup kencang tersebut ialah berkenaan dengan pihak Clickbank telah menerima semula keahlian dari rakyat Malaysia. Ini bermakna rakyat Malaysia sudah boleh menjana wang dengan Clickbank di Malaysia tanpa perlu bersusah-payah mendapatkan alamat US mahupun Singapura lagi.

Pada mulanya saya berasa agak terkejut dan tidak percaya kerana mimpi untuk membuat duit dengan Clickbank secara serius menggunakan alamat Malaysia pada malam sebelum berita panas ini bertiup kencang akhirnya kini menjadi kenyataan.

Saya berasa sangat bersyukur kerana diberikan peluang sekali lagi setelah empat tahun di banned oleh pihak Clickbank, akhirnya saya juga boleh buat duit dengan Clickbank seperti otai-otai diluar sana.

Err.. Apakah Itu Clickbank Sebenarnya? Adakah Sebuah Pelaburan Internet Yang Mampu Menguntungkan Dalam Masa Yang Singkat?

Begitulah reaksi sepontan daripada seorang sahabat saya yang baru berjinak dengan perniagaan internet setelah saya memberitahu beliau mengenai berita gembira bahawa Clickbank telah menerima keahlian Malaysia ini. Fuh.. Jika anda menjadi saya, bagaimanakah anda ingin membetulkan pandangan mereka yang singkat ini?

Baiklah, Clickbank sebenarnya merupakan tempat memasarkan produk digital terbesar di dunia internet ini dimana beribu-ribu laman web yang mempunyai produk yang hebat dijual setiap hari. Clickbank adalah tempat untuk anda menjual produk digital, membeli, mahupun mempromosi produk digital.

Ramai usahawan internet menjual produk digital mereka menggunakan Clickbank dan ramai juga diantaranya yang sudah menjadi kaya kerana dengan menggunakan Clickbank ini, anda dapat autopilotkan perniagaan internet anda. Ini bermakna anda hanya perlu mempunyai produk dan Clickbank akan memasarkan produk anda walaupun masa anda sedang enak dibuai mimpi.

Bagi para affiliate pula, mereka akan mendapat keuntungan jika mereka mempromosikan produk-produk usahawan internet tadi dan dapat mencari pembeli untuk mereka. Peratusan keuntungan untuk affiliate juga kadangkala melebihi 70% untuk setiap satu produk digital yang berjaya dijual bergantung kepada produk.

Jadi bukankah ia sangat mudah di mata anda dimana anda hanya perlu membuat promosi sahaja. Ramai yang telah menjadi kaya dengan Clickbank salah seorangnya ialah Ewen Chia (SuperAffiliates.com).

p/s: tawaran hebat! Saudara Fai juga membuka ruang untuk kita semua menjadi affliates beliau, boleh mendafar di sini

One Response to “Panduan ClickBank dilancarkan!”

  1. Panduan Clickbank Mawardee Terhangat | Coretan Cyber Masa Kini Says:

    [...] http://www.mohdhilmi.com/berita/panduan-clickbank-dilancarkan/.html [...]

Leave a Reply