Ijazah Terbaik Datangnya Dari Jalanan?

Sila Klik Sini bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark

Ijazah terbaik datangnya dari jalanan… dari pengalaman bercakap dan bersalaman…

Assalam dan selamat sejahtera semua, apa khabar? saya mahukan anda semua menawab ‘luar biasa bagus dan hebat sekali!!’ :)

Jika kita perhatikan tajuk pada kali ini, lebih berkisar tentang motivasi diri, bagaimana kita menilai dan ‘memberi’ ijazah pada diri sendiri.. Apabila kita sebut tentang ijazah, sudah tentu majlis konvokesyen menjadi tanggapan pertama kita. Bagi saya, ijazah bukan hanya datang daripada majlis konvo sahaja, ijazah akan hadir dalam hidup kita apabila kita melakukan dan mempraktikkan dan memyebar sesuatu ilmu yang kita ada kepada semua orang yang memerlukan. Saya masih teringat kata-kata seorang pak cik, tatkala saya sedang duduk menunggu bas untuk pulang ke rumah di Muar. Saya akan tuliskan dialog saya bersama pakcik tersebut.

Pakcik : anak ni belajar lagi ker? Kat mana?

Saya : ye, saya masih belajar lagi.. ni pon baru lepas tuisyen. saya belajar di SMK Tengku Mahmud Iskandar. Tahun ni saya amek SPM.

Pakcik : kenapa mesti belajar tuisyen? kat sekolah tak cukup ke ilmunya?

saya : saya rasa cukup, cuma nak mantapkan jer pakcik..

pakcik : ooo. baguslah.. tapi pakcik nak pesan, pakcik tak pernah pon pergi sekolah, tapi pakcik tahu membaca, tahu mengira, dan tahu kemahiran yang asas-asas ni nak. zaman pakcik nak sekolah mana ada duit macam orang sekarang.

saya : wah.. pakcik belajar dengan sape? tak kan lah pakcik tahu sendiri

pakcik : pak cik hanya belajar dengan jalanan je nak.. ni semua ijazah jalanan. pengalaman jek jadi panduan hidup pakcik :)

saya : oo.. terima kasih pakcik, bas pon dah sampai ni, saya pergi dulu (hebat pakcik ni.. mendalam maksud nya)

Kesimpulannya, ilmu berada dimana-mana saja, bukan hanya di sekolah,universiti,kolej sahaja tempat kita menuntut ilmu,cuba bayangkan, jika kita beri peluang pada pakcik tadi masuk ke sekolah, agak-agaklah kan.. dah tentu pakcik ni akan jadi lebih dari apa yang dia ada sekarang :) Pengalaman hidup merupakan satu ijazah jalanan yang paling berharga dalam hidup kita ;)

apa pendapat anda?

6 Responses to “Ijazah Terbaik Datangnya Dari Jalanan?”

  1. Farock (bukan Nama Sebenar) Says:

    huh.. POwer Beb AYat Pacik Tu.. X setanding dgn http://www.mohdhilmi.com yg Bru nak ambik Spm tapi dah ada bisness OL n Domain sendiri.. :-) cayalah… Teruskan berMAYA.

    erm.. Klu di alam MAYA.. Jadi macam Pacik.. tu pun dah memadai.. :-).kebanyakan Hackerz/ Jutawan It X der Ijazah.. Just.. tau skit-skit jer… M GOOGLE pun..bukan dari Golongan IT :-)
    Farock (bukan Nama Sebenar)s last blog post..Honda Motorcycles C70 Passport 1984

  2. shima potter Says:

    btol 2 btol….
    klu nak blaja x kira kat mana2 je…
    atok aku x skola pun pndai membaca, menulis n mengire….
    tp mcm ne erk nak wat duit byk2??????
    ajar ckit…

  3. hilmi Says:

    thank you farouk.. :) mmg betol apa yang kamu cakap tuh.. ada kebenarannya :)

    shima > belajar buat duit banyak? kena ada usaha baru dapat. ada kerajinan,consistent…

  4. kopi radix Says:

    Mungkin ada betulnya jugak…

    Orang belajar tak habis pun kadang2 boleh berjaya dengan hebatnya…

    Kelulusan cuma akan memudahkan tapi bukan jaminan kejayaan dalam hidup

  5. kuasadua Says:

    Betul saya setuju sgt..Pengalaman yg kita lalui di luar sana lebih byk mengajar kita erti hidup sebenar..Ijazah dlm bidang akademik cuma sekadar teori shj, tapi bila kita keluar barulah kita tahu makna kehidupan secara praktikal..

    Kadang2 cemerlang dlm akademik belum tentu menjamin kecemerlangan hidup di luar sana

    Anyway, life must go on!!

  6. hilmi Says:

    saya pon setuju dengan pendapat kopi radix dan kuasadua. segulung ijazah atau apa2 sijil hanya ‘memudahkan’ tetapi penentu kejayaan adalah usaha+pengalaman itu sendiri. ini yang lebih diambil kira :)

Leave a Reply