Fikiran Ilmu
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Siapa yang keluar untuk menuntut ilmu maka ia berjuang fisabilillah hingga ia kembali”.
assalamualaikum dan selamat sejahtera…
Actually, dah lama sebenarnya aku merindui entri-entri yang berkhususkan ilmiah ni sebenarnya. Aku terjumpe hadith di atas ni, ketika aku sedang asyik melayari laman-laman web yang ilmiah..
hohoho!!
hadith ni dah manrik hati aku untuk bercerita dengan lebih lanjut, apa itu ILMU melalui kacamata aku sendiri, berdasarkan pengalaman aku lar.. firstly, bagi aku, di dunia ni, semua orang ada ilmu. Yeke?? ye, tak caye le tuh… :p
Ilmu ni kawan-kawan, bukan diukur dengan berapa pencapaian kita dalam exam, exam ni semua sekular jek bagi aku. Ilmu ni aku nilai dengan bape banyak ilmu yang kita apply dalam hidup kita. Kalau ada ilmu tapi tak apply, baek tak yah menuntut ilmu.. ni bagi pendapat aku lah sebenarnya, kalo korang tak setuju, buat lah pendapat sendiri!! hahaha
Ok, ni perspektif aku berkenaan dengan ilmu. Yang pertama, “Ilmu ialah mengetahui tentang sesuatu perkara di mana perkara yang boleh diketahui itu bergantung pada kemampuan dan usaha yang dilakukan oleh seseorang itu” .. apa yang korang paham?? mcm yang aku maksudkan tadi, ada ilmu kita apply, baru itu dikatakan ILMU.
Baiklah, yang kedua maksud ilmu berdasarkan kacamata aku ialah “Menuntut ilmu merupakan suatu jihad yang dituntut oleh Islam ke atas setiap penganutnya. Ia menjadikan seseorang itu menduduki martabat yang tinggi berbanding dengan orang yang tidak berilmu” yang ni aku bersetuju dengan pendapat ustaz yang aku kenal lah.. bila kita ada ilmu, kita akan dipandang tinggi di mata masyarakat, bukan itu sahaja, orang yang berilmu nie, akan diberi kepercayaan lebih. Bagi aku, yang membezakan sesebuah kejayaan atau pon kemodenan sesebuah tamadun ialah ILMU. Cube kita renungkan kembali.. kejayaan firaun suatu masa dulu yang mampu membentuk empayar yang hebat, ialah kerana ILMU yang tinggi. walaupun ianya kafir, tapi ILMU ni Allah anugerahkan kepada semua. So, sebagai umat Islam aku menyeru supaya kita berilmu, supaya apa?? supaya Islam dipandang tinggi seperti suatu masa dahulu yang mana Islam dipandang tinggi.. cewah!! ceramah plak aku :p
Yang ketiga, ILMU menurut pandangan aku ialah ” Ilmu ialah KUASA“ ye, buat masa sekarang ILMU ialah kuasa. cube ingat balik kejayaan Barack Obama sebagai Presiden US yang baru. Sebab dia ada ilmu, sebab itulah dia dipilih..
p/s: panjang pulak entri ilmiah aku kali ni.. huhuu.. renung-renunglah kawan.. ada idea/pandangan lain? sila komen di sini.Â






