Bola-Bola Malaysia

TAHNIAH pada Negeri Sembilan kerana berjaya menjulang Piala Malaysia musim ni..
(aku bukan orang nogori ye) pada Kelantan buat kali kedua masuk final dan kali kedua dapat tempat kedua.. tahniah jugak la.
Sempat lah jugak aku menonton tadi kat Ampangan sambil makan kat warong tadi, memang semua penyokong nogori.. Memang riuh rendah.. Semangat kenegerian tu.. (Gambar atas tu, saje nak dok promosi game PES)
Pada Kelantan, mana hilangnya kata-kata semangat “Gomo Kelate Gomo” ? Hilangnya bila ramai penyokongnya ‘hilang’ seawal minit ke-67. Kenapa mesti nak tinggalkan stadium? Kena la stay, bagi semangat pada pemain.. nasib baik IndaPutra dapatkan gol sebiji tadi. (maruah tu). Malasla nk cerita panjang, ni aku paste kan petikan Berita Harian malam ni.
KUALA LUMPUR: Negeri Sembilan menjulang Piala Malaysia musim ini selepas menewaskan Kelantan 3-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.
Hasrat Kelantan untuk mendakap Piala Malaysia musim ini musnah apabila Shahurain Abu Samah meletakkan Negeri Sembilan di hadapan pada separuh masa pertama.
Negeri Sembilan meneruskan rentak cemerlang pasukan itu apabila mendapatkan gol kedua hasil jaringan Hairuddin Omar selepas beberapa minit permainan separuh masa kedua mula.
Asakan demi asakan barisan serangan pasukan Hoben Jang Hoben itu terus membuahkan hasil apabila mereka dihadiahkan sepakan penalti yang disempurnakan pemain kebangsaan, Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak.
Kelantan yang terus mencari gol selepas itu hanya mampu mendapatkan satu jaringan daripada sepakan percuma kapten pasukan mereka, Indra Putra Mahayuddin.- sumber rasmi, Berita Harian.
So, apa pendapat semua tentang permainan bola sepak Malaysia sekarang? Komen lah ye












November 8th, 2009 at 12:27 am
cayalah negeri sembilan…
sonyum den nengok kat kodai mamak tadi…
tapi sayang penyokong kelantan mengamuk tak pasal2..dengar citer siap nak bakar bas lagi…huhu..
dalam TV pun jelas yang mereka bakar kerusi. lepas tu..ada mamat nie tolong padamkan..tapi sayang, kena baling dengan botol..apa lah..
menjatuhkan maruah je…
November 8th, 2009 at 12:48 am
@din3187, betul tu din.. saya pon tengok kat ampangan tadi, siap kena baling botol kepala. apalah salahnya ucap terima kasih.. bayar tiket untuk masuk menonton, bukan menjahanamkan..
November 10th, 2009 at 4:47 pm
I had tried to translate this page on Google translator but could not. what’s reason?
November 10th, 2009 at 7:22 pm
First time here at this blog I wanna to be here at this blog because its very interesting and useful. I am reading this blog thorugh Google Tanslate.
November 12th, 2009 at 9:59 pm
good! nice post, other language but l like it.
November 19th, 2009 at 3:05 pm
TV pun jelas yang mereka bakar kerusi. lepas tu..ada mamat nie tolong padamkan..tapi sayang, kena baling dengan botol..apa lah..