
Adakah kita hidup di dunia ini sebagai tuan atau hamba bagi minda kita?
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua!
Apa khabar? Saya luar biasa bagus (ungkapan yang sering saya ucapkan)
Topik saya pada hari ini merupakan satu persoalan yang teah di ajukan oleh kawan saya ketika saya sedang mendengar kelas insuran MAA pada hari semalam.. kawan saya ni bertanya kepada saya untuk saya renung-renungkan.. Adakah kita hidup di dunia ini sebagai tuan atau hamba bagi minda kita?
Apabila saya memikirkan, kebanyakkan daripada kita termasuk saya sendiri (mengaku saya) merupakan hamba kepada minda kita! ya, apa yang saya katakan ni mungkin tidak logik, yelah kita sudah merdeka sejak 1957, mana mungkin kita di jajah.. MEMANG BETUL TETAPI kita perlu beringat, kita telah dijajah minda kita!
Bagi diri saya, saya katakan saya dijajah apabila saya asyik atau terlalu mengikut kata minda saya yang mahukan itu, mahukan ini, mahukan semuanya! tetapi apabila mendapat sesuatu saya leka dan tidak mengamalkan apa yang saya perolehi
1 kesedihan bagi diri saya!
Renungkan kembali dalam diri kita semua, sampai bila kita mahu dijajah oleh minda kita? macam mana kita nak mencapai Financial Freedom yang kita ingin-inginkan jika kita masih dijajah?
Apabila saya fikirkan semula, memang benar.. Azam saya, saya ingin keluar daripada ‘kepompong’ masalah ini dan jadikan nasihat dan kata-kata rakan saya sebagai semangat saya menempuhi segala. Terima kasih kepada kawan saya tersebut kerana menyedarkan saya.
p/s: saya kongsikan persalan ini kepada anda, untuk kita sama-sama rungkai persoalan tersebut.
Tags: masalah, minda, Motivasi Diri, Tazkirah, Tips Perniagaan
2 Responses