Saya terfikir sejenak tadi mengenai industri pertanian Malaysia sekarang (macam Menteri lah pulak)
, macam-macam yang saya fikirkan ketika sedang melihat kebun fertigasi milik abah.. Antara apa yang saya fikirkan ialah :
- Apakah contoh tanaman lain yang sesuai dengan keadaan fizikal muka bumi di kawasan saya yang memberikan pulangan lumayan?
- Contoh tanaman yang boleh dikomersialkan tanpa banyak masalah
- Boleh tak saya mencuba ‘online’ kan tanaman ini
(fikiran IM)
Dalam-dalam saya memikirkan hal ni, saya telah diberikan kejutan hebat oleh saudara Mirl_Me , apabila saya mengetahui beliau telah melancarkan 1 produk pertanian tetapi telah di ‘online’ kan..
Yeke? Boleh buat mcm tu ke?
Tamparan hebat buat saya, terus saya PM kepada saudara Mirl_me menanyakan adakah masih ada slot untuk saya review produk beliau.. Dan jawapannya positif, alhamdulillah.. Jadi, saya akan buat 1 review khas utk produk terbaru beliau esok ya. Nantikan
Niche pertanian memang hebat di pasaran offline, tetapi belum tentu di online,.. TAPI saudara Mirl_me telah buktikan bahawa masih ada ‘cara lain’ yang boleh dilakukan untuk kita pasarkan produk pertanian kita secara online.
Tags: Review


8 Responses