Alhamdulillah, aku baru saja balik dari menjalani pentauliahan Leftenan Muda KRS di Pulau Tioman selama 4 hari 3 malam ! Satu pengalaman yang menyeronokkan,teruja dan sensasi ! Muka? mana sun burn, muka baaikk punyeeer ni :)

Aku telah gunakan khidmat FourSquare untuk catat perjalanan aku ke sana pergi dan balik, korang g ushar FB aku, kat sana ada detail check-in aku ye. Perjalanan di mulakan pada jam 11 malam dari IPG Kampus Raja Melewar, Seremban. Lama jugak la, sampai di jeti Mersing pada jam 6 pagi. Bot berlepas dari Jeti Mersing ke Pulau Tioman pada jam 7.30 pagi.

Perjalanan bot mengambil masa 3 jam untuk sampai, setibanya di sana aku telah check-in chelet dan bersiap pada jam 3 petang untuk pertauliahan Leftenan Muda KRS. Kini aku bergelar Lt.Muda (KRS) Mohamad Hilmi. Nama cam gempak je, hehehe.. At least aku penah rasa dapat Lt.Muda.. korang ade??

Petang diteruskan dengan sesi water confident untuk persiapan keesokkan harinya iaitu aktiviti snorkeling di Taman Laut, Pulau Tioman.  Perjalanan ke Taman Laut telah memberikan aku pengalaman berharga iaitu dapat melihat depan mata sendiri kelibat ikan lumba-lumba !! Sebelum ni aku tengok di TV1 tak pon dalam rancangan Nat Geo je..

Aktiviti di sana memang best! Yang aku lalui first time ialah datang ke Pulau Tioman, Snorkeling, dan lihat ikan lumba-lumba depan mata ! Makan sotong bakar yang dicandat sendiri baaai..

p/s: korang pernah sampai Tioman? kasi komen sini kat bawah ni geng… gua chau dulu……

 

Related Posts with Thumbnails