Assalam.. Bersua kembali.. Memandangkan blog ini lebih berat menceritakan perniagaan intenet, maka cerita di dalam nya banyak kepada perniagaan internet (bukan pelaburan haram!!)
saya kena beritahu, sebab takut tak pasal-pasal orang salah anggap kandungan web saya..
maklumlah, Malaysia sekarang
Ok, perniagaan internet ada bermacam- macam rupa, ada yang jual barang real, jual barang maya, jual perkhidmatan dan MLM (MLM bukan cepat kaya) Bagi yang masih lagi keliru dengan model perniagaan MLM, anda boleh
mendapatkan buku percuma ini di klik sini atau
versi Bahasa Malaysia di klik sini … Pada kali ini, saya akan menceritakanjenis perniagaan internet.
Sekiranya anda menjalankan perniagaan Internet, anda pasti tidak akan terlepas dengan
perkataan ClickBankâ„¢ (www.ClickBank.com) dan PayPalâ„¢ (www.PayPal.com).
Di sini, saya akan menerangkan mengapa ClickBank dan PayPal begitu banyak diberi
perhatian di dalam laporan ini nanti.
Sebelum itu, mari kita analisa bentuk-bentuk perniagaan di Internet yang diusahakan oleh
kebanyakan individu di seluruh dunia, termasuklah daripada kalangan usahawan-
usahawan Malaysia sendiri.
Jangan terkejut sekiranya saya katakan ada di kalangan rakyat
Malaysia yang sudah menjadi jutawan hasil daripada perniagaan
di Internet ini. Sebagai contohnya, Sen Ze dari Kuala Lumpur,
Patric Chan dari Pulau Pinang dan Irfan Khairi dari Selangor.
Sen Ze – www.LowCost-HighProfit.com
Patric Chan – www.YouChanDoIt.com
Irfan Khairi – www.RahsiaInternet.com
Terdapat pelbagai jenis perniagaan di Internet yang mampu anda ceburi. Ada yang
mudah dan ada yang memerlukan kemahiran di dalam bidang teknologi maklumat (IT)
atau komputer.
Ada juga yang memerlukan banyak masa dan usaha untuk menghasilkan hanya satu
jualan dan ada juga yang apabila diaplikasikan beberapa strategi pemasaran yang
berkesan, terus menghasilkan jualan hari demi hari tanpa perlu menguruskan perniagaan
tersebut dengan lebih terperinci lagi.
Untuk tidak membuang masa, mari kita baca e-book ciptaan zamri nanyan.. Klik sini untuk download
p/s: Terima Kasih Zamri Nanyan atas sumbangan e-book ini.





