• Pakej Internet Untuk Pelajar! Streamyx CoolUniPack| 18 Comments

    Assalamualaikum an salam sejahtera :)

    Alhamdulillah, saya baru sahaja selesai mengisi borang permohonan pakej streamyx Coolunipack :) pakej yang berbaloi-baloi kepada student IPT. Dapat internet +netbook +harga murah !! 3 in 1.

    Saya telah mula mempromosi di kawasan sekitar kampus saya, tetapi sambutan tetap sedikit (biasalah, nak tengok orang dulu..) kalau dah habis, jangan menyesal ye ! sebab pakej ni akan ditutup setelah kuota 100k penuh! Dan menurut ajen TM, kuota ini akan penuh selepas raya cina.

    Telekom Malaysia Berhad (TM), dengan usahasama Kerajaan Malaysia, melancarkan pakej jalur lebar terkininya untuk mahasiswa tahun pertama atau kedua, yang dipanggil Streamyx Cool UNI Pack. Pakej ini menawarkan para pelajar satu gabungan yang merangkumi akses jalur lebar PERCUMA dan netbook dari hanya RM50 sebulan untuk tempoh 24 bulan.

    Untuk layak melanggani pakej Streamyx Cool UNI Pack, para pelajar mesti memenuhi syarat-syarat berikut:

    Para pelajar mesti berasal dari isi rumah dengan pendapatan bulanan berjumlah RM3000 atau kurang daripadanya.
    Para pelajar mesti belajar di tahun pertama atau kedua di mana-mana IPTA atau IPTS di Malaysia
    Para pelajar mesti menerima pengesahan dari Unit Hal Ehwal Pelajar dari universiti atau kolej tersebut.

    Dengan hanya RM50 sebulan, para pelajar yang melanggan untuk Streamyx UNI Cool Pack akan menerima:
    Akses jalur lebar Streamyx PERCUMA dengan kelajuan 384 Kbps
    Satu (1) modem wayarles PERCUMA dengan jaminan 12 bulan
    Pengecualian yuran pengaktifan (RM75) dan yuran pemasangan (RM88)
    Diskaun 50% untuk yuran langganan bulan pertama
    Satu (1) akaun Streamyx Zone PERCUMA
    50 buah lagu yang dimuat turun setiap bulan selama 12 bulan dari muzik portal TM, Hypptunes (www.hypptunes.com.my)
    Satu (1) akaun emel (XX@steamyx.com)
    Satu (I) alamat Protokol Internet dinamik
    Satu (1) Netbook Hewlett Packard (HP) dengan cakera padat 250 GB, memori 1 GB dan penghantaran PERCUMA ke seluruh negara
    Untuk mendaftar bagi pakej Streamyx Cool UNI Pack, para pelajar perlu membawa dokumen-dokumen berikut ke kaunter jualan TM atau cawangan TMpoint:

    Salinan kad pengenalan Malaysia
    Salinan kad pengenalan pelajar
    Borang permohonan yang dilengkapi dengan pengesahan dari universiti atau kolej mereka

    p/s : Di harap artikel ini akan membantu anda mendapatkan pilihan yang bijak! Sila daftar cepat biarkan yang teragak-agak tu terus tak merasa.. (jahatnya aku).
    p/s/s: apa pendapat anda mengenai pakej ini ? sila berikan komen ya. :)

  • Seminar Speed Adsense| 35 Comments

    Alhamdulillah, pada 8-9 Ogos (semalam) saya telah menghadiri satu seminar yang dianjurkan oleh Team Speed Adsense. Pengisian yang cukup hebat, dan juga matlamat saya bertemu dengan Internet Marketer yang lain telah tercapai. Ini merupakan ‘mini gathering’ bagi para IM Malaysia. :)

    Ilmu yang disampaikan memang best la. part yang paling saya suke ialah meta marketing dan facebook ads. Cuma teknik yang di ajar ada yang dah di praktikkan dan ada yang belum. :)

  • Adsense = Duit Rayaku..| 7 Comments

    Itu ialah screenshot hasil earning aku setakat hari semalam.. kalau lah tiap-tiap hari macam ni, duit raye lah nampaknya. :) ini lah hasil berbudi dengan Google kan ?

    Kita baik baik dengan Pakcik G (Google), pakcik G akan bagi kita macam ni. walaupun earning aku tak lah sehebat otai-otai lain macam syed ikhwan, richie, hafreze, abu hanis dan lain-lain.. tapi memadailah bagi akaun yang masih “dara” ni. :)

    hasil earning hari semalam ialah dengan kos berjumlah $15 sahaja. ok tak ?

  • Tawaran Hebat Pembeli Panduan Forum PhpBB| 8 Comments

    Assalamualaikum dan salam sejahtera
    Pada 4 Mei lepas, saudara Maser telah melancarkan satu produk yang bagus dan belum ada lagi di Malaysia iaitu Panduan Forum PHPBB.
    Maklumat lanjut, layari > http://www.buatforum.com

    Jadi, sebelum anda membelinya, saya ada satu tawaran yang AGAK MENARIK kepada pembeli Panduan Forum yang membeli melalui link aff saya
    TAWARAN SAYA > [...]

  • Barang Dari China| 25 Comments

    Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
    Alhamdulillah, pada ahad lepas saya baru sahaja selesai trading barang dari China, iaitu hp Nokia N95 (brand China) sebanyak 3 buah yang bernilai USD350.00 siap kos shipment. Hp ni bukan lah hp sebenar mcm Nokia N95, sbb buatan China, semua function ada kecuali 3G (Malaysia ni ada 3G, bukan semua pakai pun, [...]

Next Page »