
Aplikasi Semakan ke Program Kursus Perguruan Lepas SPM Ambilan Jun 2010 , boleh semak di sini untuk keputusan di laman web ini >> http://apps.emoe.gov.my/kplspm/tdjun10/
Terima kasih

Aplikasi Semakan ke Program Kursus Perguruan Lepas SPM Ambilan Jun 2010 , boleh semak di sini untuk keputusan di laman web ini >> http://apps.emoe.gov.my/kplspm/tdjun10/
Terima kasih

Hari ini 1 April 2010 genap usia aku 20 tahun!
(dah masuk alam puluhan pulak ni) meningkatnya umur, semakin meningkat cabaran dalam hidup.
Pada kali ni, memang lain dari yang lain
meh aku cite sikit.. bermula jam 9.30 malam (31/3/2010) , mak aku dah online kat YM dan wish hepi besday ! 1 family nyanyi kat YM. memang rasa terharu.. seronok je. (mak dah pandai guna YM ek sekarang..) Read the rest of this entry »

Kenal tak lelaki di tengah tu? Itulah Ibrahim Pendek! Beliau merupakan artis Malaysia pertama yang berlakon di Hollywood.
hebat bukan..
Ibrahim Hassan atau lebih dikenali sebagai berahim pendek merupakan pelakon melayu pertama yg berlakon di dalam filem keluaran hollywood.Bahkan beliau juga merupakan pelakon malaysia yg pertama juga berlakon di dalam filem hollywood.
Filem lakonan nya adalah THE SPIRAL ROADS dan pengambarannya telah di lakukan di UNIVERSAL INTERNATIONAL, HOLLYWOOD .Filem tersebut turut di bintangi oleh pelakon, Rock Hudson,Gene Rowlans,Burt Ives, Ibrahim telah berlakon sebagai pembantu Burt Ives dlm cerita tersebut.
Ibrahim telah berangkat ke amerika pada 18 ogos 1961, beliau telah di bayar sebanyak US35 sehari. ketika itu umur beliau 37 tahun dan merupakan pelakon tetap Shaw Malay Production Ltd, singapura. Pihak universal telah menawarkan ibrahim untuk tinggal dan belakon di hollywood tetapi beliau telah menolak nya.
IBRAHIM PENDEK juga merupakan PELAKON MALAYSIA PERTAMA yang berlakon dalam filem warna !!
p/s: Apa pandangan anda terhabat artis-artis Malaysia sekarang? Setaraf atau ?? Berikan pandangan anda..

Tiga tahun mengajar di sekolah pedalaman adalah antara syarat baru yang akan diwajibkan kepada bakal- bakal guru.
Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, syarat-syarat itu membabitkan guru lepasan Institut Pendidikan Guru (IPG) kelolaan kementerian itu serta institusi pengajian tinggi awam (IPTA).
Bagaimanapun jelasnya, perkara itu masih pada peringkat cadangan tetapi menjadi salah satu strategi kementerian dalam usaha melahirkan barisan guru yang terlatih termasuk dari segi pengajaran dan psikologi.
“Pendedahan ini amat baik dan memberi pengalaman berguna kepada mereka. Cara ini juga dapat memastikan hanya calon yang benar-benar bersedia menyandang jawatan ini.
“Walaupun syarat ini telah diguna pakai tetapi objektifnya seperti yang dihasratkan kementerian kurang berjaya kerana kerap kali ada campur tangan pihak luar untuk guru baru ini bertukar,” katanya.
Beliau ditemui selepas merasmikan Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2009 anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Balik Pulau di sini semalam
sumber : http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0214&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm
Oleh ZAKI SALLEH
zaki.salleh@kosmo.com.my
p/s : Apa pendapat anda bakal guru sekalian?

Assalamualaikum an salam sejahtera
Alhamdulillah, saya baru sahaja selesai mengisi borang permohonan pakej streamyx Coolunipack
pakej yang berbaloi-baloi kepada student IPT. Dapat internet +netbook +harga murah !! 3 in 1.
Saya telah mula mempromosi di kawasan sekitar kampus saya, tetapi sambutan tetap sedikit (biasalah, nak tengok orang dulu..) kalau dah habis, jangan menyesal ye ! sebab pakej ni akan ditutup setelah kuota 100k penuh! Dan menurut ajen TM, kuota ini akan penuh selepas raya cina.
Telekom Malaysia Berhad (TM), dengan usahasama Kerajaan Malaysia, melancarkan pakej jalur lebar terkininya untuk mahasiswa tahun pertama atau kedua, yang dipanggil Streamyx Cool UNI Pack. Pakej ini menawarkan para pelajar satu gabungan yang merangkumi akses jalur lebar PERCUMA dan netbook dari hanya RM50 sebulan untuk tempoh 24 bulan.
Untuk layak melanggani pakej Streamyx Cool UNI Pack, para pelajar mesti memenuhi syarat-syarat berikut:
Untuk mendaftar bagi pakej Streamyx Cool UNI Pack, para pelajar perlu membawa dokumen-dokumen berikut ke kaunter jualan TM atau cawangan TMpoint:

TAHNIAH pada Negeri Sembilan kerana berjaya menjulang Piala Malaysia musim ni..
(aku bukan orang nogori ye) pada Kelantan buat kali kedua masuk final dan kali kedua dapat tempat kedua.. tahniah jugak la.
Sempat lah jugak aku menonton tadi kat Ampangan sambil makan kat warong tadi, memang semua penyokong nogori.. Memang riuh rendah.. Semangat kenegerian tu.. (Gambar atas tu, saje nak dok promosi game PES)
Pada Kelantan, mana hilangnya kata-kata semangat “Gomo Kelate Gomo” ? Hilangnya bila ramai penyokongnya ‘hilang’ seawal minit ke-67. Kenapa mesti nak tinggalkan stadium? Kena la stay, bagi semangat pada pemain.. nasib baik IndaPutra dapatkan gol sebiji tadi. (maruah tu). Malasla nk cerita panjang, ni aku paste kan petikan Berita Harian malam ni.
KUALA LUMPUR: Negeri Sembilan menjulang Piala Malaysia musim ini selepas menewaskan Kelantan 3-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.
Hasrat Kelantan untuk mendakap Piala Malaysia musim ini musnah apabila Shahurain Abu Samah meletakkan Negeri Sembilan di hadapan pada separuh masa pertama.
Negeri Sembilan meneruskan rentak cemerlang pasukan itu apabila mendapatkan gol kedua hasil jaringan Hairuddin Omar selepas beberapa minit permainan separuh masa kedua mula.
Asakan demi asakan barisan serangan pasukan Hoben Jang Hoben itu terus membuahkan hasil apabila mereka dihadiahkan sepakan penalti yang disempurnakan pemain kebangsaan, Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak.
Kelantan yang terus mencari gol selepas itu hanya mampu mendapatkan satu jaringan daripada sepakan percuma kapten pasukan mereka, Indra Putra Mahayuddin.- sumber rasmi, Berita Harian.
So, apa pendapat semua tentang permainan bola sepak Malaysia sekarang? Komen lah ye