- Pelakon Melayu Pertama Berlakon Di Hollywood !!| Leave a Comment
Ibrahim Hassan atau lebih dikenali sebagai berahim pendek merupakan pelakon melayu pertama yg berlakon di dalam filem keluaran hollywood.Bahkan beliau juga merupakan pelakon malaysia yg pertama juga berlakon di dalam filem hollywood.
Filem lakonan nya adalah THE SPIRAL ROADS dan pengambarannya telah di lakukan di UNIVERSAL INTERNATIONAL, HOLLYWOOD .Filem tersebut turut di bintangi oleh pelakon, Rock Hudson,Gene Rowlans,Burt Ives, Ibrahim telah berlakon sebagai pembantu Burt Ives dlm cerita tersebut.
Ibrahim telah berangkat ke amerika pada 18 ogos 1961, beliau telah di bayar sebanyak US35 sehari. ketika itu umur beliau 37 tahun dan merupakan pelakon tetap Shaw Malay Production Ltd, singapura. Pihak universal telah menawarkan ibrahim untuk tinggal dan belakon di hollywood tetapi beliau telah menolak nya.
IBRAHIM PENDEK juga merupakan PELAKON MALAYSIA PERTAMA yang berlakon dalam filem warna !!
- Guru Baru (IPG & IPTA) Wajib Mengajar Di Pendalaman ?| 7 Comments
Tiga tahun mengajar di sekolah pedalaman adalah antara syarat baru yang akan diwajibkan kepada bakal- bakal guru.
Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, syarat-syarat itu membabitkan guru lepasan Institut Pendidikan Guru (IPG) kelolaan kementerian itu serta institusi pengajian tinggi awam (IPTA).
Bagaimanapun jelasnya, perkara itu masih pada peringkat cadangan tetapi menjadi salah satu strategi kementerian dalam usaha melahirkan barisan guru yang terlatih termasuk dari segi pengajaran dan psikologi.
“Pendedahan ini amat baik dan memberi pengalaman berguna kepada mereka. Cara ini juga dapat memastikan hanya calon yang benar-benar bersedia menyandang jawatan ini.
“Walaupun syarat ini telah diguna pakai tetapi objektifnya seperti yang dihasratkan kementerian kurang berjaya kerana kerap kali ada campur tangan pihak luar untuk guru baru ini bertukar,” katanya.
Beliau ditemui selepas merasmikan Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2009 anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Balik Pulau di sini semalam
sumber : http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0214&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm
Oleh ZAKI SALLEH
zaki.salleh@kosmo.com.myp/s : Apa pendapat anda bakal guru sekalian?
- Pakej Internet Untuk Pelajar! Streamyx CoolUniPack| 18 Comments
Assalamualaikum an salam sejahtera
Alhamdulillah, saya baru sahaja selesai mengisi borang permohonan pakej streamyx Coolunipack
pakej yang berbaloi-baloi kepada student IPT. Dapat internet +netbook +harga murah !! 3 in 1.Saya telah mula mempromosi di kawasan sekitar kampus saya, tetapi sambutan tetap sedikit (biasalah, nak tengok orang dulu..) kalau dah habis, jangan menyesal ye ! sebab pakej ni akan ditutup setelah kuota 100k penuh! Dan menurut ajen TM, kuota ini akan penuh selepas raya cina.
Telekom Malaysia Berhad (TM), dengan usahasama Kerajaan Malaysia, melancarkan pakej jalur lebar terkininya untuk mahasiswa tahun pertama atau kedua, yang dipanggil Streamyx Cool UNI Pack. Pakej ini menawarkan para pelajar satu gabungan yang merangkumi akses jalur lebar PERCUMA dan netbook dari hanya RM50 sebulan untuk tempoh 24 bulan.
Untuk layak melanggani pakej Streamyx Cool UNI Pack, para pelajar mesti memenuhi syarat-syarat berikut:
Para pelajar mesti berasal dari isi rumah dengan pendapatan bulanan berjumlah RM3000 atau kurang daripadanya.
Para pelajar mesti belajar di tahun pertama atau kedua di mana-mana IPTA atau IPTS di Malaysia
Para pelajar mesti menerima pengesahan dari Unit Hal Ehwal Pelajar dari universiti atau kolej tersebut.Dengan hanya RM50 sebulan, para pelajar yang melanggan untuk Streamyx UNI Cool Pack akan menerima:
Akses jalur lebar Streamyx PERCUMA dengan kelajuan 384 Kbps
Satu (1) modem wayarles PERCUMA dengan jaminan 12 bulan
Pengecualian yuran pengaktifan (RM75) dan yuran pemasangan (RM88)
Diskaun 50% untuk yuran langganan bulan pertama
Satu (1) akaun Streamyx Zone PERCUMA
50 buah lagu yang dimuat turun setiap bulan selama 12 bulan dari muzik portal TM, Hypptunes (www.hypptunes.com.my)
Satu (1) akaun emel (XX@steamyx.com)
Satu (I) alamat Protokol Internet dinamik
Satu (1) Netbook Hewlett Packard (HP) dengan cakera padat 250 GB, memori 1 GB dan penghantaran PERCUMA ke seluruh negara
Untuk mendaftar bagi pakej Streamyx Cool UNI Pack, para pelajar perlu membawa dokumen-dokumen berikut ke kaunter jualan TM atau cawangan TMpoint:Salinan kad pengenalan Malaysia
Salinan kad pengenalan pelajar
Borang permohonan yang dilengkapi dengan pengesahan dari universiti atau kolej merekap/s : Di harap artikel ini akan membantu anda mendapatkan pilihan yang bijak! Sila daftar cepat biarkan yang teragak-agak tu terus tak merasa.. (jahatnya aku).
p/s/s: apa pendapat anda mengenai pakej ini ? sila berikan komen ya.
- Bola-Bola Malaysia| 6 Comments
TAHNIAH pada Negeri Sembilan kerana berjaya menjulang Piala Malaysia musim ni..
(aku bukan orang nogori ye) pada Kelantan buat kali kedua masuk final dan kali kedua dapat tempat kedua.. tahniah jugak la.
- Seminar Speed Adsense| 35 Comments
Alhamdulillah, pada 8-9 Ogos (semalam) saya telah menghadiri satu seminar yang dianjurkan oleh Team Speed Adsense. Pengisian yang cukup hebat, dan juga matlamat saya bertemu dengan Internet Marketer yang lain telah tercapai. Ini merupakan ‘mini gathering’ bagi para IM Malaysia.
Ilmu yang disampaikan memang best la. part yang paling saya suke ialah meta marketing dan facebook ads. Cuma teknik yang di ajar ada yang dah di praktikkan dan ada yang belum.






