Archive for the "Tips Perniagaan" Category

Pada hari ini, aku ingin share 1 video yang akan menerangkan mengenai keadaan ekonomi yang bakal berlaku jika dunia terus menerus berada dalam krisis matawang ! Ini bukan hal kecik, pasal duit sanggup bergaduh bergadai ber……

KESAN krisis ekonomi global terhadap pertumbuhan perdagangan Malaysia hanya akan diketahui dalam tempoh dua atau tiga bulan lagi, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (MITI) Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Layan sikit sumber daripada Berita Harian >> http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Krisisekonomiglobaldorongpelaburpilihemas/Article


Alhamdulillah, terima kasih kepada Tuan Syed Ikhwan yang telah memberi saya 1 diari khas yang diberi nama Bermula Dari RM1. Memang smart idea tu, sebab dalam diari ni, aku boleh update income harian melalui online di dalam diari ini. Kalau korang nak tau, projek ni dah bermula selama 2 hari (ketika post ini ditulis) . Dan alhamdulillah, aku akan update setiap hari income yang aku perolehi dengan segala projek online tak kira lah melalui pengiklanan,adsense, penjualan produk fizikal atau digital mahupun servis yang aku tawarkan !

Sebenarnya, dengan cara ini akan memaksa aku untuk sentiasa berfikir :

apa keje nak buat untuk hari ni, at least aku boleh grab RM1″

Dalam idea ni, pada pandangan aku, aku dah capai lebih dari RM1. Yelah, konon-konon nak cari RM1, tapi bila dapat projek atau idea nilainya berganda-ganda ! Projek yang dijalankan ini pon sebenarnya ada beberapa fasa yang perlu dilalui, dan semestinya mesntilah melalui fasa RM1 ! (nak terus jadi jutawan, pon kena lalui RM1 dulu).. Nak tau apa fasanya, korang lawatlah diari aku di sini > www.bermuladarirm1.com/mohdhilmi
Sambung baca lagi baiiii »


Salam sejahtera ! Ketika ini, aku baru saja pulang dari satu kelas untuk pemantapan ilmu dalam penjualan servis secara online! :) Transport aku pada semalam telah ditaja secara rasmi oleh pemandu ferari/selebriti blogger iaitu Ridzuan Richie (alang2 kat seremban)..

Secara ringkasnya, kelas ini dijalankan oleh saudara Syed Ikhwan, diberi nama KelasIM.  Peserta yang terhad seramai 20 orang, ini amat memudahkan tenaga pengajar untuk memantau perkembangan dan perjalanan kelas. Sambung baca lagi baiiii »


> Klik gambar untuk paparan cantik

Ramai yang PM saya sejak saya cerita pasal Adsense For Domain (AFD), AFD ni, ialah untuk orang yang hanya menghargai nilai sen dalam adsense saja. Macam saya, saya jadikan ia sebagai side income adsense selain adsense for search (AFS). Sebab income utama hanya datang dari Adsense For Content (AFC) saja.

Apa yang boleh saya katakan, AFD ni ialah hanya untuk orang malas saja. Sebab ‘resepi’ yang diperlukan adalah cukup mudah iaitu DOMAIN NAME. Hosting ? tak perlu hosting.. masalah CTR pun takde..  Serius saya katakan. :)

Saya dah buat AFD sejak 2 minggu yang lepas, selepas mendapat Personal Coaching daripada RajaKamil. :) dan juga teknik-teknik yang saya aplikasikan sendiri. Alhamdulillah, boleh la maintain $2-3 sehari. Jika sebulan ? boleh la cashout.. hehe..

Gambar di atas ialah pendapatan saya untuk minggu pertama mencuba nasib dengan AFD, alhamdulillah, masuk minggu ketiga, pendapatan semakin baik.. :) Nanti saya akan update untuk pendapatan saya minggu ni.

InsyAllah, saya juga akan membuka Personal Coaching untuk AFD bagi sesiapa yang membeli panduan AFD oleh RajaKamil melalui link saya. Ok tak ?

p/s: sempat jek update blog. padahal tengah dengar seminar ni. hehe..


Assalamualaikum dan salam sejahtera :)

Pada 4 Mei lepas, saudara Maser telah melancarkan satu produk yang bagus dan belum ada lagi di Malaysia iaitu Panduan Forum PHPBB.

Maklumat lanjut, layari > http://www.buatforum.com

Jadi, sebelum anda membelinya, saya ada satu tawaran yang AGAK MENARIK kepada pembeli Panduan Forum yang membeli melalui link aff saya :)

TAWARAN SAYA > PAKEJ PERAK JomSMS.net


Apa anda akan dapat?

1. akaun smsbulk
2. sistem menghantar sms melalui internet dengan sender ID anda sendiri
3. kredit sms sedia ada sebanyak 100.

Untuk anda layak mendapatkan bonus ini daripada saya, sila pastikan :

1. sila clear kan cookies dari komputer anda
2. Layari melalui link >>http://www.buatforum.com/index.php?ref=hilmi
3. pastikan hujung link adalah =hilmi

p/s: selepas membuat pembelian melalui link saya, sila email saya  maklumat lengkap pembayaran anda, kami akan verifikasi dengan saudara Maser untuk kepastian.
p/s/s : selepas anda disahkan membeli melalui link saya, saya akan PM anda maklumat selanjutnya untuk mendaftar akaun dengan Jomsms.net

” Pilihan Bijak Di Tangan Anda “


Adakah kita hidup di dunia ini sebagai tuan atau hamba bagi minda kita?

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua! :) Apa khabar? Saya luar biasa bagus (ungkapan yang sering saya ucapkan)

Topik saya pada hari ini merupakan satu persoalan yang teah di ajukan oleh kawan saya ketika saya sedang mendengar kelas insuran MAA pada hari semalam.. kawan saya ni bertanya kepada saya untuk saya renung-renungkan..  Adakah kita hidup di dunia ini sebagai tuan atau hamba bagi minda kita?

Apabila saya memikirkan, kebanyakkan daripada kita termasuk saya sendiri (mengaku saya) merupakan hamba kepada minda kita! ya, apa yang saya katakan ni mungkin tidak logik, yelah kita sudah merdeka sejak 1957, mana mungkin kita di jajah.. MEMANG BETUL TETAPI kita perlu beringat, kita telah dijajah minda kita!

Bagi diri saya, saya katakan saya dijajah apabila saya asyik atau terlalu mengikut kata minda saya yang mahukan itu, mahukan ini, mahukan semuanya! tetapi apabila mendapat sesuatu saya leka dan tidak mengamalkan apa yang saya perolehi :( 1 kesedihan bagi diri saya!

Renungkan kembali dalam diri kita semua, sampai bila kita mahu dijajah oleh minda kita? macam mana kita nak mencapai Financial Freedom yang kita ingin-inginkan jika kita masih dijajah?

Apabila saya fikirkan semula, memang benar.. Azam saya, saya ingin keluar daripada ‘kepompong’ masalah ini dan jadikan nasihat dan kata-kata rakan saya sebagai semangat saya menempuhi segala. Terima kasih kepada kawan saya tersebut kerana menyedarkan saya.

p/s: saya kongsikan persalan ini kepada anda, untuk kita sama-sama rungkai persoalan tersebut.