
Assalamualaikum wbt, pada minggu ini aku mencatatkan rekod sendiri aku dengan pembelian terbesar dalam hidup aku (ketika ini) dengan pembelian produk kalis inflasi iaitu emas,perak,dirham dan daniq.
Tidak aku nafikan, aku telah dipengaruhi oleh kenaikan mendadak harga emas semasa pada minggu ini yang telah mencecah hampir $1800 per oz. Dan sebab selebihnya, sila baca entri aku yang bertajuk “5 sebab kenapa anda perlu membeli emas” .
Ini juga di bantu oleh krisis kewangan yang dihadapi di US dan eropah. Dan perak yang menunjukkan harga rendah menjadikan aku membeli emas dan perak. Tidak juga aku lupa untuk berbakti kepada agama dengan niat berdakwah membeli matawang Islam iaitu Dirham dan Daniq.
Disini aku sajikan gambar produk yang telah berjaya aku beli dan simpan dengan rapi di peti keselamatan
. Bukan niat mahu menunjuk-nujuk tetapi untuk pembakar semangat buat rakan-rakan yang masih teragak-agak dengan potensi emas dan perak ini.








