Archive for the "Pemberitahuan" Category

Alhamdulillah, syukur nikmat. Akhirnya aku dapat jugak online setelah hampir 2 minggu menyepi tanpa sebarang berita. Ini disebabkan aku merupakan salah seorang mangsa banjir di Johor iaitu di Kg Telok Rimba,Ledang. Bermula 31/1/2011 hingga 7/2/2011 rumah aku dilanda banjir.

Kalau korang tengok gambar atas tu, ialah 7/2/2011 , aku sempat tolong mencuci air banjir beserta lumpur dalam kawasan rumah aku ! Penat? jangan cerita.. Semua mangsa banjir mengalaminya termasuk diri aku ni.. Apa yang dapat aku katakan, banjir kali ni memang lebih teruk daripada banjir pada tahun 2006 dahulu ! Ialah, sebelum ni rumah aku hanya separas pinggang tapi kali ni dah naik ke paras dada !

Sambung baca lagi baiiii »


Mak ai !! Habis layout lama yang aku sayang selama ni habis musnah bila tadi ikut jam 3PM waktu Malaysia, mereka telah menukar semua layout lama ke layout baru yang aku menyampah nak pakai ni.. Login ke akaun facebook aku tadi, terperanjat gak , aku ingatkan ada orang sabotaj aku dengan tukar ke layout lama, sekali kawan-kawan aku pon sama. Itu pon, bro Syazrul yang bagitau, kalau tak memang aku tak pasan tadi.

Ni rupa layout baru tu (login sendiri kalau korang nak senang) :

Ini petikan berita yang aku petik daripada pusat berita facebook (http://blog.facebook.com)

Sambung baca lagi baiiii »


Selamat pagi Malaysia! (hmm masih ada lagi semangat bola piala AFF Suzuki ni). Hari ni, aku nak hapdate blog mengenai 1 majlis ramah mesra atau gathering antara cikgu blogger. Maksudnya gathering khas buat bakal-bakal guru, guru tidak kira anda asal dari IPG atau IPT. Semua di jempur hadir, asalkan blogger dalam kursus perguruan :) Sambung baca lagi baiiii »


Boleh kata hampir 90% blogger di Malaysia ni mempunyai broadband (terpulang pada korang kalau nak sebut berukband, brokeband) dan boleh dikatakan kalau dah jadi pengguna tegar tu, belum sampai hujung bulan je, telco masing-masing dah bagi warning dah cecah limit yang diorang had kan. Lagi lah macam aku ni ha, siap share broadband jadikan wifi kat rumah.

Masalahnya, bila dia warning terus connection jadi lembap! (ada masa aku loading facebook sambil sempat habiskan sebatang aiskrim untuk lihat notification) .Memang slow kadang-kadang. Ini yang menyebabkan kadang-kadang usaha aku nak update blog pon terbantut. Tapi tu dulu la, sejak aku jumpa cara ‘ping of death’ ni, mudah keje den.

Oh ya, sebelum tu, kredit beberapa gambar diberikan kepada pemilik asal sebab aku cilok sikit gambar yang ada di blog Budak Botak, sebab dia dah print screen gambar. (malas aku nak buat, tak sempat)

Ok, mari aku tunjukkan macam mana cara nak setup ni. kalau terkurang gambar ke, step ke nanti maklumkan pada aku kt ruangan komen ye. :) Sambung baca lagi baiiii »


Yeah ! saat aku update entri ini, aku sedang menggunakan browser baru (agak baru kot) yang diberi nama RockMelt atau nama jawanya ‘ais cair’. :) RockMelt merupakan social broeser (ais yang cair dan terlebih sosial kot). Memang mudah bagi aku yang suka login Facebook dan Twitter pada setiap kali aku online. Yang penting, mudah ! (jap-jap, bukan setakat facebook dan twitter je ok, ada banyak lagi) . Aku cuba cerita sedikit basic la pasal binatang yang sosial ni sikit. Kelebihan dan kelemahan pada RockMelt ni.

Sambung baca lagi baiiii »


Alhamdulillah, pada hari semalam (27 November 2010) aku telah menerima kejutan iaitu aku merupakan antara 5 blogger bertuah yang memenangi Blog Contest Kaspersky anjuran SuduBesi dan kaperskyhijau.blogspot.com. Terima kasih kepada pihak penganjur yang bagi aku, melalui cara ini dapat memeriahkan lagi dunia blogging ! :)

Entri aku yang berjaya menawan hati juri boleh di baca di sini > http://www.mohdhilmi.com/berita-terkini/5-kapersky-original-key-2011-untuk-dimenangi-sudubesi-com-giveaway/.html

Dan ini ialah pengumuman yang dibuat oleh pihak penganjur, http://sudubesi.com/pemenang-contest-kapersky/

Untuk pengetahuan korang, ini merupakan blog contest kedua yang aku menangi dalam bulan November ini saja! Contest pertama melalui Foot Detox Pad dan kedua ialah Kaspersky Contest. Nilai hadiah tu tak penting, bagi aku, ni merupakan pemangkin semangat untuk aku terus ber-blogging :)

p/s: korang bila lagi nak ada blog?