Archive for the "Idea Menarik" Category

Saya nak detox foot pad percuma dari Hazman Fadzli !

Yeay ! aku nak cuba ! (ni ayat pertama muncul dari luar otak fikirku mengnai foot detox ni apabila terjumpa entri bro HazmanFadzli ). Macam biasa, waktu-waktu lapang akan digunakan oleh aku untuk berjalan-jalan di blog orang ! Yes ! Blog walking kata budak zaman sekarang. :)

Kebetulan dalam perjalanan tu, aku terjumpa seorang member aku post mengenai ni, dan aku pon mencuba nasib, mana tau dapat free 1 ! (dalam hati memang nak). Harap-harap aku salah seorang dari 50 yang bertuah tu :) dengar kata, bagus benda ni, aku tak pernah try lagi, kalau dapat boleh la buang tokin dalam badan ni ..

Dengan syarat yang mudah, aku hanya perlu update post di blog Mohd Hilmi ini, dan mesti membuat backlink ke blog beliau dan nyatakan “Saya nak DETOX FOOT PAD dari HAZMANFADZIL.COM” ! dan seterusnya saudara hazmanfadzil akan menilai jika aku layak atau tidak ;) Untung pe, update blog dapat hadiah, ok what ! ;)

Korang nak jugak? senang je caranya, lawat blog ini, dan dapatkan !


Wow ! alhamdulillah, akhirnya Lomo Day Malaysia telah selamat di’boom’ pada kali ini ! Lokasi di wall of Pudu. ;) (klik gambar atas tu untuk besarkan ya..) walaupun aku tak hadir siangnya, tapi aku hadir malamnya (jam 1 pagi baru sampai Pudu) Siangnye, aku tak dapat hadir sebab ada kuliah ganti, terpaksa lah aku datang lewat malam :(

Aku rasa sebagai blogger aku akan gunakan medium blog untuk berkisah mengenai Lomo Day ni ;) Ni lah masanya untuk aku mula gunakan kuasa blog untuk educate people mengenai seni lomography.. (asyik kenal DSLR je..)

Outing yang dijalankan dengan baik ni, telah di hadiri oleh ramai lomographer Malaysia. Otai-otai pon sanggup turun padang kali ni, ramai woo. :) Telah mendapat liputan oleh media massa antaranya The Star , boleh baca di sini  > http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/8/8/nation/6820752&sec=nation.

Di bawah ini, sebahagian daripada gambar-gambar tempat kejadian > http://www.facebook.com/album.php?aid=2038685&id=1529676014

Di bawah ini juga video yang dibuat oleh geng2 lomokids ;) Terbaik !

Haa, apa macam? syok tak? jom la join kteorang. ! Lomo On !


Salam sejahtera semua ! ;) maaf atas kelewatan aku meng-update blog ni (nasib lom berhabuk).. sekarang ni, aku busy sikit lepas dapat hobi baru. Hobi aku ialah menembak orang ! wow!

Aku busy dengan bermain lomo ku yang pertama iaitu aku panggil dia dengan nama Encik Holga (seperti gambar atas) . Nampak macam mainan kan? haaa.. jangan main2 ini kamera lomo. efek dia memukau beb! syok nye outing dengan encik holga ni. Di Malaysia seni lomography ni, belum meluas lagi tak macam DSLR. yang rata-rata semua kalau sebut photo mesti DSLR tak pon compact ;)

Aku suke dengan falsafah ber-lomo ni, layan lah video bawah ni. :) dont think.. just shoot !

Ini antara falsafah lomography. Aku suke ! Korang ada lomo kamera? kongsikan cite korang kat komen bawah ni, mana tau kita boleh g outing same2.. :)


Demam fifa world cup 2010 pun dah nak reda, barulah aku sempat nk hapdate blog ni. Maklumlah, beezy memanjang je :) Kali ni aku tengok, ada pelbagai tarikan yang best untuk piala dunia kali ni. Di Afrika sudah tentu dengan binatang-binatang nye. Tengok iklan FIFA? haiwan yang kuat saja mampu bertahta di Afrika..

Tapi kalau binatang laut pulak? Si sotong Paul pulak sekarang yang bertahta di hati peminat bola.. Mau taknye, prediction dia dah 6 kali tepat.. :) Mau rasa nak makan je sotong ni buat lauk makan malam ! muahahaha! (alaaa.. nasib je tu. jangan caye sangat, syirik jang oi)

Baru hari ni, digemparkan pulak dengan prediction terbaru si sotong Paul untuk juara fifa kali ni. Agak-agak sape menang? Nak tau, korang layan la video bawah ni haa.. Sambung baca lagi baiiii »


Apa kabo semua? *Ini bukan iklan perfume Hugo Boss* ni ialah cerita macam mana korang boleh kalahkan boss korang di office tu, dan jadi boss sendiri. :)

Aku baru dapat info dari Suthan M, mamat ni ialah orang India yang hebat dalam IM. Baru je lancarkan video Jom Jadi Bos ! Aku dah subscribe email (isi nama,email dalam ruangan tu).  Pastu Suthan M akan hantar video ke email kita. Video tu, aku dah tengok, memang banyak cerita pasal macam mana nak dapatkan wang atau income dari internet.

Sesuai untuk golongan :

  1. Yang pernah nak jadi IM tapi gagal
  2. Orang yang baru nak mencebuti kerjaya Internet Marketer
  3. Sesiapa saja yang berminat

So, dalam tu Suthan M akan beri kita 3 video percuma selok belok asas perniagaan internet sebenar dan yang paling best ialah macam mana nak jadi bos!

p/s: Isi je nama dan email korang dalam page ni http://bit.ly/9sfDMb. Pastu isi email korang dan verified di email masing-masing. Tunggu je 3 video pengenalan tu sampai dalam inbox korang!


Sejak akhir-akhir ni, ramai yang dok cerita kena ban (saya pon kena), dan mase tu lah, saya mula memikirkan jalan-jalan pintas untuk apply akaun adsense tanpa menggunakan website saya (maklumlah, kos hosting, domain) jadi, baru-baru ni, ada seorang kawan IM, ada bagi good info pada saya, dan apa salahnya saya berkongsi kan? :)

Daftar akaun adsense guna YouTube? haha, saya pun tak tahu sebenarnya cara ni, dan sekarang memang senang, saya sedang apply 2 akaun spare dengan cara ini. :)

Ini adalah petikan asal yang saya ambil dari kawan saya aka Chukai sendiri.

Saya apply akaun Adsense pada 3 Nov dan akaun saya approved pada 5 Nov. Kalau anda tidak ada laman web atau blog untuk apply akaun Adsense, anda boleh cuba cara ni. Daftar akaun macam biasa, cuma masukkan URL Youtube channel di bahagian yang minta anda isikan laman web anda. Sebaik-baiknya apply guna akaun Youtube yang ada beberapa video dan ada views. Youtube channel tu apa? Sebagai contoh, saya register akaun Youtube dan refererx4 sebagai username. Jadi Youtube channel saya ialah http://www.youtube.com/refererx4.

Ini contohnya channel YouTube bagi yang tidak tahu..

p/s: senang tak? so, try la apply nanti kita buat AFD sama-sama ye. :)

terima kasih kepada saudara Chukai atas info yang berguna ini.