Archive for the "Idea Menarik" Category

Boleh kata hampir 90% blogger di Malaysia ni mempunyai broadband (terpulang pada korang kalau nak sebut berukband, brokeband) dan boleh dikatakan kalau dah jadi pengguna tegar tu, belum sampai hujung bulan je, telco masing-masing dah bagi warning dah cecah limit yang diorang had kan. Lagi lah macam aku ni ha, siap share broadband jadikan wifi kat rumah.

Masalahnya, bila dia warning terus connection jadi lembap! (ada masa aku loading facebook sambil sempat habiskan sebatang aiskrim untuk lihat notification) .Memang slow kadang-kadang. Ini yang menyebabkan kadang-kadang usaha aku nak update blog pon terbantut. Tapi tu dulu la, sejak aku jumpa cara ‘ping of death’ ni, mudah keje den.

Oh ya, sebelum tu, kredit beberapa gambar diberikan kepada pemilik asal sebab aku cilok sikit gambar yang ada di blog Budak Botak, sebab dia dah print screen gambar. (malas aku nak buat, tak sempat)

Ok, mari aku tunjukkan macam mana cara nak setup ni. kalau terkurang gambar ke, step ke nanti maklumkan pada aku kt ruangan komen ye. :) Sambung baca lagi baiiii »


Asalamualaikum salam sejahtera korang2 sumer !! yaeh! ceriakan hari mu dengan Senyum (sambil layan lagu senyum oleh malique). Bosan-bosan aku bukak facebook tadi, tiba-tiba terfikir plak, dah lama aku tak hapdate blog aku ni dengan cerita-cerita mat jenin teknologi ! yeah teknologi ! seingat aku, yang last ialah pasal triple play service kot.

Daripada dibiarkan bersenawang sawang, baik aku update blog ini yang hampir 2 minggu tak hapdate ! (busy dengan kerja-kerja di ladang sawit) Trafik pon aku cek, dah jatuh 1k, banyak tu..

Baiklah, hari ni aku nak cerita pada korang semua mengenai satu cara macam mana korang boleh share berukband (beruk2 yang mempunyai band2 muzik, ada masa lagu rancak! ada masa lagu dengang sayang).. Boleh jimatkan duit korang kalau bagi sesiapa yang tinggal sebilik ada 2-4 orang. Kongsi2 bayar bil berukband tu. Sambung baca lagi baiiii »


Yeah ! saat aku update entri ini, aku sedang menggunakan browser baru (agak baru kot) yang diberi nama RockMelt atau nama jawanya ‘ais cair’. :) RockMelt merupakan social broeser (ais yang cair dan terlebih sosial kot). Memang mudah bagi aku yang suka login Facebook dan Twitter pada setiap kali aku online. Yang penting, mudah ! (jap-jap, bukan setakat facebook dan twitter je ok, ada banyak lagi) . Aku cuba cerita sedikit basic la pasal binatang yang sosial ni sikit. Kelebihan dan kelemahan pada RockMelt ni.

Sambung baca lagi baiiii »


Alhamdulillah, pada hari semalam (27 November 2010) aku telah menerima kejutan iaitu aku merupakan antara 5 blogger bertuah yang memenangi Blog Contest Kaspersky anjuran SuduBesi dan kaperskyhijau.blogspot.com. Terima kasih kepada pihak penganjur yang bagi aku, melalui cara ini dapat memeriahkan lagi dunia blogging ! :)

Entri aku yang berjaya menawan hati juri boleh di baca di sini > http://www.mohdhilmi.com/berita-terkini/5-kapersky-original-key-2011-untuk-dimenangi-sudubesi-com-giveaway/.html

Dan ini ialah pengumuman yang dibuat oleh pihak penganjur, http://sudubesi.com/pemenang-contest-kapersky/

Untuk pengetahuan korang, ini merupakan blog contest kedua yang aku menangi dalam bulan November ini saja! Contest pertama melalui Foot Detox Pad dan kedua ialah Kaspersky Contest. Nilai hadiah tu tak penting, bagi aku, ni merupakan pemangkin semangat untuk aku terus ber-blogging :)

p/s: korang bila lagi nak ada blog?





E-Learning, antara impian aku sejak kecil

Salam sejahtera, sihat? Apa khabar ? (orang yang hebat, akan jawab ‘hebat!’) , e-learning? Apa yang korang faham dari istilah ni? Ada bermacam-macam tafsiran untuk maksud istilah ini. Bagi aku, e-learning ialah 1 corak atau cara pembelajaran yang lebih interaktif,jimat,memudahkan dan faham !

Dah lama, aku lihat di youtube tak pon di movie2 yang dikeluarkan oleh barat mengenai E-learning ni. ;) Aku suke cara dorang dalam hal-hal macam ni, sistem pendidikan yang lebih memudahkan dan bagi aku menyeronokkan. (aku kalau pergi sekolah, kalau seronok aku belajar, senang je aku faham).

Cuba-cuba lah intai dunia luar sana, tengok sistem pendidikan mereka macam mana, aku suke ! Sampai sekarang aku nantikan sistem ni masuk Malaysia walaupun aku dah lepas zaman PTS,UPSR,PMR,SPM tapi at least aku nak adik-adik aku merasa ni.

Sambung baca lagi baiiii »