Archive for the "Idea Menarik" Category

Alhamdulillah, aku baru saja balik dari menjalani pentauliahan Leftenan Muda KRS di Pulau Tioman selama 4 hari 3 malam ! Satu pengalaman yang menyeronokkan,teruja dan sensasi ! Muka? mana sun burn, muka baaikk punyeeer ni :)

Aku telah gunakan khidmat FourSquare untuk catat perjalanan aku ke sana pergi dan balik, korang g ushar FB aku, kat sana ada detail check-in aku ye. Perjalanan di mulakan pada jam 11 malam dari IPG Kampus Raja Melewar, Seremban. Lama jugak la, sampai di jeti Mersing pada jam 6 pagi. Bot berlepas dari Jeti Mersing ke Pulau Tioman pada jam 7.30 pagi.

Sambung baca lagi baiiii »


Disebabkan ramai kawan aku yang bertanya mengenai handphone/handset/hp ni, jadi aku terpanggil untuk beritahu kamu semua mengenai apa yang perlu anda tahu sebelum anda membeli hp :)

Sudah tentu, ada yang cari yang murah,kualiti dan waranti sesuatu produk sebelum beli terutamanya hp ! Yelah, keperluan juga hp ni. Tapi sebelum beli, korang kena tau apa istilah yang selalu digunakan oleh jurujual/salesmen hp ni. Jangan terpedaya ya !

Jadi kali ni, aku akan berikan sedikit penerangan ringkas mengenai :

  1. AP set
  2. Ori set
  3. Recon set
  4. Underwater set

Sambung baca lagi baiiii »


Tahniah aku ucapkan kepada pereka video ni, bukan isi nya aku komen. Aku komen pada IDEA nya :)

Idea kreatif la. Tapi tiru gaya CST production dan iklan Maxis. Tapi pape pon, idea tu gempak ! Aku suke !


Salam sejahtera.. apa khabar semua? kali ni aku nak kongsikan sedikit cerita menarik.. Boleh juga di buat motivasi (sambil gaya Dr Fadzillah Kamsah)..

Tahukah korang semua, hanya Ada 1 pilihan sahaja pada zaman Yap Ah Loy ?? (kalau 1 pilihan, bukan pilihan namanya!)

Disini, aku akan kongsikan cerita menarik disebalik kisah Yap Ah Loy, salah sorang tokei besar lombong bijih di Kuala Lumpur satu ketika dulu..

Sambung baca lagi baiiii »


Apa kabo jang? Eden nak update blog kami ni mengenai penangan filem Hantu Kak Limah Balik Rumah ! Bukan pe, aku ni yang dah tengok 3 kali (member aku dah tengok 5 kali) pon masih gelak sakan .. siol punye hantu kak limah… hahaha !! sampai kiteorang siap dah hafal dialog-dialog yang best superb dalam cerita Hantu Kak Limah ! Lawak jenaka dia, riuh 1 panggung wayang beb!

Ni ha, aku bagi bukti member-member Facebook aku, yang ‘gile’ dengan hantu Kak Limah. Korang tengok bukti-bukti bawah ni.. Sebahagian jela aku letak sini, kalau tengok pon, sume tu tak lebih 1 hari yang lepas ! Filem ni dah dekat 3 minggu kot. 3 minggu ni lah aku tengok macam-macam ayat keluar kat FB wall aku. :)

Sambung baca lagi baiiii »


Antara keperluan orang zaman sekarang ialah untuk ada komputer atau laptop sendiri. Tapi cuba bayangkan, kalau ada je komputer riban-riban tapi tak dapat online. Frust jugak kadang-kadang. Pernah tak korang terfikir nak online saja kat mana-mana ? Ala, macam korang bawak laptop pergi kedai mamak pastu order teh ais , sambil layan wi-fi free mamak.. heheh :)

Yela, sewa bulan tak nak bayar, Pakej Streamyx pon tak nak apply. Apa lagi, singgah mamak, main wi-fi free la (macam aku dulu-dulu laa) :)  Aku ada caranya, nampak tak selipar google atas tu? haa, ni untuk orang yang macam ….. (korang fill in the blank ..)

Kalau korang jenis manusia yang seperti ni , korang layak guna selipar tu..:

  1. malas bayar bil internet .. nak jimat je
  2. suke tumpang wi-fi orang
  3. kat mana-mana nak online free
  4. pinjam berukband orang jer

Sambung baca lagi baiiii »