Archive for the "Berita Terkini" Category

Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda  “Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan). - Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.

Alhamdulillah, subhanallah ! Hari ni, aku akan share kan satu maklumat mengenai Dinar dan Dirham dalam urusan jual beli seharian. Hadis nabi saw di atas menerangkan betapa pentingnya nilai dinar dan dirham dalam kehidupan. Simpanlah walau sedikit. Ini kata-kata Nabi saw, pasti akan berlaku ! Aku akan cerita kan mengenai dinar dan dirham selepas post ini ya.

Semalam aku jalan-jalan dalam facebook mencari group dinar dan dirham, alhamdulillah aku terjumpa 1 group yang mana aktif dalam penggunaan dinar dan dirham ! Semua urusan jual beli adalah dilakukan dalam dinar dan dirham! Apa yang aku nampak semalam, ialah satu situasi seperti urusan jual beli zaman Nabi saw dan khalifah islam! subhanallah !

URL group tersebut ialah : http://www.facebook.com/home.php?sk=group_130228377040193&ap=1

Semua barangan dijual dalam matawang Islam iaitu dinar dan dirham sahaja ! Pelbagai urusan di lakukan di sini, apa yang aku jumpa semalam ialah jual beli kain batik, kain pelikat, beli iphone, blackberry malah bayar bil pun ada ! hebaat.. Matawang Islam di angkat semula dalam urusan jual beli. Kenapa? sebabnya, matawang dinar dan dirham kalis inflasi. Sudah terbukti selama 1400 tahun lamanya. :)

Sambung baca lagi baiiii »


Hari ini saya akan berkongsi sekali lagi kepada pengunjung blog ini mengenai tarikh-tarikh penting kepada lepasan pelajar sekolah terutamanya pemohon-pemohon lepasan SPM/STPM. Ini ialah kempen bagi Jom Masuk U ! (saya tidak bertanggungjawab sekiranya terdapat perubahan kepada tarikh berikut)

Bulan April dan Mei adalah bulan yang agak sibuk dan kritikal terutamanya kepada semula pelajar lepasan SPM, lepasan STPM, lepasan diploma dan lepasan Matrikulasi. Ini kerana kesemua lepasan pelajar berpusu-pusu untuk menghadiri pelbagai temuduga dan menyemak status permohonan untuk menyambung pengajian.

Berikut adalah senarai tarikh-tarikh penting yang boleh dijadikan rujukan untuk semakan status permohonan dan temuduga bagi UPU, IPTA 2011, KPLSPM 2011, Matrikulasi 2011, Politeknik dan Tingkatan 6 bagi tahun 2011.

Sambung baca lagi baiiii »


Info Terbaru: Semakan panggilan temuduga KPLSPM 2011 telah dipinda ke 12 April 2011. Perkara tersebut telah diumumkan dilaman web Kementerian Pelajaran Malaysia.

Semakan nama calon berjaya ditemuduga bagi Kursus Perguruan Lepas Sijil Pelajaran Malaysia (KPLSPM) Ambilan Jun 2011 telah dipinda ke 12 April 2011. Calon boleh membuat semakan dengan melayari laman sesawang KPM bermula 12 April 2011. Harap maklum.

Semakan keputusan panggilan temuduga permohonan kursus perguruan lepasan SPM(KPLSPM) 2011 akan dibuka pada 11 April 2011.

Untuk membuat semakan panggilan temuduga KPLSPM 2011 pada 12 April ni. Sila Layari :http://apps.moe.gov.my/kplspm/sptd_kplspmjun2011/index.cfm

update : sila semak menggunakan laman web ini > http://apps.moe.gov.my/kplspm/sptd_kplspmjun2011/index.cfm


Happy Birthday To Me !

Terima kasih saya ucapkan kepada sesiapa sahaja yang telah meng’wish’ birthday saya pada hari semalam 1 April . Alhamdullilah kini umur ku sudah masuk ke alam 21 tahun. :) Masih jauh perjalanan hidup ini untuk ditempuhi. Terima kasih kepada semua. Kali ini aku menyambut hari keputeraan aku ke-21 dengan rasa gembira dan bersyukur..

Tak lupa juga kepada rakan-rakan di facebook aku yang memang banyak wish nya, tak dapat nak dihitung ! Terima kasih kepada saudari Haniey Szalinsky atas hadiah birthday ini. Terima kasih semua!


Tertarik aku kali ini nak share dengan korang mengenai Dolar USD dan Dinar Emas. Jalan-jalan aku cari news tadi, aku terbaca satu news mengenai emas oleh Dr.Mahathir . Tertarik aku mengenai ucapannya ketika menyampaikan ucaptama pada Persidangan Dunia Pertama Mengenai Riba.

Nota : Dinar Emas aku maksudkan ni, bukan matawang Dinar Iraq ye. Jangan salah faham ye. :) Aku tertarik dengan kata-kata hikmah Dr.Mahathir ini “Mata wang AS kini boleh dianggap sebagai tisu tandas kerana nilainya semakin menyusut dan tidak berharga berbanding emas yang diterima di semua negara dunia,”.

Aku share kan di sini petikan surat khabar Utusan Malaysia , bertarikh 2/11/2010.

Sambung baca lagi baiiii »


Salam sejahtera.. apa khabar semua? kali ni aku nak kongsikan sedikit cerita menarik.. Boleh juga di buat motivasi (sambil gaya Dr Fadzillah Kamsah)..

Tahukah korang semua, hanya Ada 1 pilihan sahaja pada zaman Yap Ah Loy ?? (kalau 1 pilihan, bukan pilihan namanya!)

Disini, aku akan kongsikan cerita menarik disebalik kisah Yap Ah Loy, salah sorang tokei besar lombong bijih di Kuala Lumpur satu ketika dulu..

Sambung baca lagi baiiii »