Emas semakin mendapat tempat di mata masyarakat sekarang. Ini kerana harganya yang mula menggila sejak bulan ogos 2011 ini menjadikan sesiapa yang memilikinya tersenyuuuum sorang-sorang.. dan sesiapa yang teragak-agak untuk memilikinya serba salah dek kerana harganya yang menggila naik mendadak akhir-akhir ini.
“Mengapa kita perlu menyimpan emas?”
Owh sudah tentu jawapan utamanya ialah KEUNTUNGAN! Lihat prestasi harga emas sepanjang 10 tahun ini;
http://www.kitco.com/charts/popup/au3650nyb.html
Ok, saya kongsikan 5 sebab kenapa;
1. Emas ialah kekayaan yang sebenarnya
Sejak dari dulu lagi emas menjadi simbol kekayaan hinggalah zaman sekarang. Selain itu juga emas tidak boleh dibinasakan. Sesuatu benda yang menjadi penyimpan kekayaan mestilah mempunyai sifat tidak boleh dibinasakan.
Sebab itu makanan, haiwan dan tumbuh-tumbuhan tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan. Ini kerana di dalam
jangka masa panjang kesemua benda tersebut akan binasa. Sesuatu benda yang boleh dibinasakan dengan mudah tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan yang terunggul.





