• Streamyx dah masuk!| 2 Comments

    Alhamdulillah.. :) akhirnya masuk jugak streamyx kat bilik . Mudah la lepas ni nak buat kerja online, internet pon dah lengkap. So, esok dah boleh g terminate Digi broadband (terima kasih digi kerana berjasa selama 3 tahun).

    p/s: saya sedang menguruskan streamyx cool unipack bagi kawan-kawan IPG. untuk setiap blok kediaman 1 antena router.

  • PM Sarankan Rakyat Gunakan Internet Jana Pendapatan| 4 Comments

    Ini adalah screenshot akhbar yang sempat dipetik. Kita dapat lihat, bagaimana komitmen kerajaan sendiri dalam meminta rakyat memanfaatkan sepenuhnya kemudahan internet . :)

    Sudah lama para-para IM (Internet Marketer) Malaysia memanfaat sepenuhnya kemudahan internet untuk menjana pendapatan antaranya melalui program adsense,PTC,affliates dan bermacam-macam lagi. saya pon antara salahseorang yang sudah lama menjana pendapatan dengan internet sejak tingkatan satu (2003) hingga sekarang. :)

    So, apa pendapat anda mengenai peranan kerajaan dalam menjana minda rakyat supaya maju dalam perniagaan internet? adakah positif atau sebaliknya?

  • Guru Baru (IPG & IPTA) Wajib Mengajar Di Pendalaman ?| 7 Comments

    Tiga tahun mengajar di sekolah pedalaman adalah antara syarat baru yang akan diwajibkan kepada bakal- bakal guru.

    Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, syarat-syarat itu membabitkan guru lepasan Institut Pendidikan Guru (IPG) kelolaan kementerian itu serta institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

    Bagaimanapun jelasnya, perkara itu masih pada peringkat cadangan tetapi menjadi salah satu strategi kementerian dalam usaha melahirkan barisan guru yang terlatih termasuk dari segi pengajaran dan psikologi.

    “Pendedahan ini amat baik dan memberi pengalaman berguna kepada mereka. Cara ini juga dapat memastikan hanya calon yang benar-benar bersedia menyandang jawatan ini.

    “Walaupun syarat ini telah diguna pakai tetapi objektifnya seperti yang dihasratkan kementerian kurang berjaya kerana kerap kali ada campur tangan pihak luar untuk guru baru ini bertukar,” katanya.

    Beliau ditemui selepas merasmikan Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2009 anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Balik Pulau di sini semalam

    sumber : http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0214&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm

    Oleh ZAKI SALLEH
    zaki.salleh@kosmo.com.my

    p/s : Apa pendapat anda bakal guru sekalian?

  • Pakej Internet Untuk Pelajar! Streamyx CoolUniPack| 18 Comments

    Assalamualaikum an salam sejahtera :)

    Alhamdulillah, saya baru sahaja selesai mengisi borang permohonan pakej streamyx Coolunipack :) pakej yang berbaloi-baloi kepada student IPT. Dapat internet +netbook +harga murah !! 3 in 1.

    Saya telah mula mempromosi di kawasan sekitar kampus saya, tetapi sambutan tetap sedikit (biasalah, nak tengok orang dulu..) kalau dah habis, jangan menyesal ye ! sebab pakej ni akan ditutup setelah kuota 100k penuh! Dan menurut ajen TM, kuota ini akan penuh selepas raya cina.

    Telekom Malaysia Berhad (TM), dengan usahasama Kerajaan Malaysia, melancarkan pakej jalur lebar terkininya untuk mahasiswa tahun pertama atau kedua, yang dipanggil Streamyx Cool UNI Pack. Pakej ini menawarkan para pelajar satu gabungan yang merangkumi akses jalur lebar PERCUMA dan netbook dari hanya RM50 sebulan untuk tempoh 24 bulan.

    Untuk layak melanggani pakej Streamyx Cool UNI Pack, para pelajar mesti memenuhi syarat-syarat berikut:

    Para pelajar mesti berasal dari isi rumah dengan pendapatan bulanan berjumlah RM3000 atau kurang daripadanya.
    Para pelajar mesti belajar di tahun pertama atau kedua di mana-mana IPTA atau IPTS di Malaysia
    Para pelajar mesti menerima pengesahan dari Unit Hal Ehwal Pelajar dari universiti atau kolej tersebut.

    Dengan hanya RM50 sebulan, para pelajar yang melanggan untuk Streamyx UNI Cool Pack akan menerima:
    Akses jalur lebar Streamyx PERCUMA dengan kelajuan 384 Kbps
    Satu (1) modem wayarles PERCUMA dengan jaminan 12 bulan
    Pengecualian yuran pengaktifan (RM75) dan yuran pemasangan (RM88)
    Diskaun 50% untuk yuran langganan bulan pertama
    Satu (1) akaun Streamyx Zone PERCUMA
    50 buah lagu yang dimuat turun setiap bulan selama 12 bulan dari muzik portal TM, Hypptunes (www.hypptunes.com.my)
    Satu (1) akaun emel (XX@steamyx.com)
    Satu (I) alamat Protokol Internet dinamik
    Satu (1) Netbook Hewlett Packard (HP) dengan cakera padat 250 GB, memori 1 GB dan penghantaran PERCUMA ke seluruh negara
    Untuk mendaftar bagi pakej Streamyx Cool UNI Pack, para pelajar perlu membawa dokumen-dokumen berikut ke kaunter jualan TM atau cawangan TMpoint:

    Salinan kad pengenalan Malaysia
    Salinan kad pengenalan pelajar
    Borang permohonan yang dilengkapi dengan pengesahan dari universiti atau kolej mereka

    p/s : Di harap artikel ini akan membantu anda mendapatkan pilihan yang bijak! Sila daftar cepat biarkan yang teragak-agak tu terus tak merasa.. (jahatnya aku).
    p/s/s: apa pendapat anda mengenai pakej ini ? sila berikan komen ya. :)

  • [WTO] kepada designer wordpress theme!| 2 Comments

    [WTO] kepada designer wordpress theme, saya sedang mencari theme baru untuk personal blog saya, www.mohdhilmi.com, jika anda ada theme utk saya, ganjaran menanti anda!

    Assalamualaikum.. salam sejahtera! nampak ayat di atas tu? saya ingin membuka ruang ini untuk sesiapa saja yang mempunyai wordpress theme untuk website ini.

    Mengapa Tukar theme lain setelah 3 tahun menggunakannya?

    Azam baru, theme baru
    Theme ini sudah kurang sesuai dengan perkembangan zaman blogging.
    Saya mahukan theme yang lebih mesra pelawat dan juga SEO!
    Theme yang lebih menyegarkan mata memandang

    Apa ganjarannya?

    1 slot iklan selama saya menggunakan theme anda! (theme cantik memang lama orang guna)
    1 post untuk sponsor akan diwujudkan, sponsor boleh mengiklan.
    Keistimewaan ?

    website ini PR2 (terkini)
    pelawat yang konsisten :)
    p/s: Jadi sesiapa yang nak offer saya theme wordpress , boleh hubungi saya di talian 0137048171 atau email ke mymhilmi@gmail.com

Next Page »