umno-daftar-online

Syabas diucapkan kepada UMNO. Berani Berubah.

Alhamdulillah, UMNO akhirnya bergerak mengikut keadaan semasa dan mengambil kesempatan dari GENERASI ICT. kini mana-mana warga Malaysia berketurunan Melayu atau Bumiputera boleh mendaftar sebagai ahli UMNO secara online terus dalam talian.

Tidak perlu lagi mengisi borang! Ya, ini merupakan satu revolusi kepada parti UMNO. Ahirnya, kita semua terima juga perubahan.. :)

Saya mengetahui berita ini, melalui Buletin Utama TV3, dan pada hari ini terus saya buka portal Berita Harian.. Dan cukup hebat, apabila pada hari pertama (belum pun cukup 24 jam dilancarkan) sudah mempunyai 809 ahli berdaftar!

Ini menjunjukkan, kerajaan maya lagi hebat bekerja bebanding yang dulu! Dulu kita hanya mampu buka kaunter pendaftaran sehingga malam sahaja, mungkin 12 jam sahaja tolak cuti umum. Tapi dengan adanya akses kerajaan maya seperti ini, pendaftaran dapat dilakukan 24 jam sehari dan tanpa cuti umum! :)

Saya tak nak cerita lebih lagi, saya hanya mampu ucapkan tahniah kepada UMNO kerana akhirnya akur juga kepada kehendak rakyat Malaysia yang mahukan akses internet dimajukan dan dinaiktaraf . :)

Berita lengkap mengenai ini, boleh anda rujuk di Portal Utusan Malaysia.

Klik Link dibawah untuk mendaftar secara online:

www.daftar.umno.org.my

Related Posts with Thumbnails

Tags: ,