speed adsense se creative

Alhamdulillah, pada 8-9 Ogos (semalam) saya telah menghadiri satu seminar yang dianjurkan oleh Team Speed Adsense. Pengisian yang cukup hebat, dan juga matlamat saya bertemu dengan Internet Marketer yang lain telah tercapai. Ini merupakan ‘mini gathering’ bagi para IM Malaysia. :)

Ilmu yang disampaikan memang best la. part yang paling saya suke ialah meta marketing dan facebook ads. Cuma teknik yang di ajar ada yang dah di praktikkan dan ada yang belum. :)

Bagi yang menghadiri bukan sahaja dapat ilmu mengenai adsense, malah pada malam nye, saya dapat bertemu dan berkongsi pengalaman dengan IM yang lain. Untuk pengetahuan, saya merupakan teman sebilik dengan Titan. Dia nampak je garang, padahal.. owww.. (ops! jangan marah aaaa..) padahal pemalu.. :)

Dapat sebilik dengan Titan memang habis digunakan untuk mengcungkil rahsia Widgetbuck, bidvertiser dia.. heheh.. dapat jugak. Thank Titan.. Titan, pasni kita team mate la buat IM, kita korek habis income dengan widgetbuck.. Jom!

Thank kepada tenaga pengajar, Abu Hanis, Mr XXX, Richuan, Fuad Latif, Yusry, dan juga Syed Ikhwan. Memang best, overall boleh bagi rating 4.5/5 .. (o.5 sebab internet connection masalah hotel bagi) hehe..

Related Posts with Thumbnails

Tags: , , , , ,