
.. memang banyak perubahan yang harus aku lakukan, misi aku belum sempurna selagi aku belum kecapai apa yang aku impikan….
tahun baru, bermulalah langkah baru bagi aku untuk menyambung misi dulu..
Ye, selamat menyambut tahun baru (dwi tahun baru) sempena tahun baru Maal Hijrah 1430 & Tahun Baru 2009! Ye, semuanya berwajah baru! hehehe…
Memang tahun baru ini, kita kembali dengan azam baru yang lebih kuat! Bukan lebih lemah ye kawan-kawan.. Banyak yang hendak saya sampaikan. Sebagai IM, saya lihat tahun baru 2009 merupakan tahun prosperity bagi saya.Sebab apa?
- saya mempunyai ‘cara saya’ yang tersendiri untuk memantapkan jualan saya
- menerima banyak tawaran untuk review produk-produk IM lain (ini merupakan satu kepercayaan IM lain kepada saya)
- mendapat banyak sangat ilmu untuk di aplikasikan (ilmu pada 2008 saya mix kan untuk menjadi satu kitab rujukan saya)
- masih menunggu beberapa offer daripada IM di luar negara untuk bergabung projek (JV)
- bermacam-macam lagi
Memang bagi saya, tahun 2009 merupakan tahun yang ‘agak busy’ bagi saya.. Yelah, sebab saya sekarang hanya mampu melakukan IM separuh masa (ini di sebabkan oleh saya masih belajar). Ini yang saya katakan, pada tahun 2009 nampaknya saya terpaksa lakukan IM sebagai bukan separuh masa lagi tetapi saya akan cuba mix kan dengan kerjaya (belajar) saya sekarang! Macam mana?? Nanti saya bincangkan..:)
Pada tahun 2009, saya berdoa agar kita sama-sama berjaya dalam apa jua niche (bidang) yang kita ceburi, lakukan sesuatu jangan pernah kebelakang!
lakukan dengan konsisten, InsyAllah,mkita boleh berjaya. Doakan saya, doakan anda, doakan kita semua..
Salam Tahun Baru 2009 & Hijrah 1430



4 Responses